awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Pilihan raya Majlis Nasional Palestin ditetapkan pada 1 November
Toleransi beragama, keselamatan rumah ibadat asas keharmonian - Ahmad Zahid
Hutan di puncak bukit berhampiran Taman Tun Abdul Razak terbakar
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

57,000 penduduk Poland terjejas oleh banjir besar

Bernama
Bernama
21/09/2024
16:40 MYT
57,000 penduduk Poland terjejas oleh banjir besar
Hujan lebat luar biasa menyebabkan air sungai melimpah keluar dari tebing, mengorbankan sekurang-kurangnya 20 orang. - AP
MOSCOW: Banjir besar di selatan Poland telah menjejaskan secara langsung kehidupan 57,000 orang, kata Jan Grabiec, Ketua Pejabat Perdana Menteri Poland pada Sabtu, lapor Sputnik.
Ketua Staf Donald Tusk menganggarkan bahawa sejumlah 2.39 juta orang telah terjejas oleh keadaan bencana alam yang diisytiharkan di 749 bandar dan pekan di Poland. Daripada jumlah itu, puluhan ribu terjejas secara langsung oleh banjir.
"Buat masa ini, jumlah ini adalah 57,000," kata Grabiec pada mesyuarat tindak balas kecemasan, sambil menambah bahawa data ini adalah perangkaan awal.
Hujan lebat luar biasa menyebabkan air sungai melimpah keluar dari tebing, mengorbankan sekurang-kurangnya 20 orang dan memaksa pemindahan 6,544 orang di selatan Poland.
Sehingga kini, 11,502 rumah keluarga-bujang dan blok apartmen, 6,033 kemudahan isi rumah, dan 724 kemudahan awam, seperti sekolah, jalan raya dan jambatan, telah rosak atau ditenggelami air, menurut anggaran Grabiec.
Dalam beberapa hari kebelakangan ini, Ribut Boris melanda seluruh Eropah Tengah, menyebabkan hujan lebat dan sungai-sungai, khususnya Sungai Danube, air melimpah keluar dari tebingnya. Poland, Republik Czech, Slovakia serta kawasan pergunungan Alps di selatan Jerman dan Austria adalah yang paling teruk terjejas.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#banjir
#poland
#mangsa korban
#bencana alam
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan