DUNIA
6 kapal Greece sertai konvoi Global Sumud Flotilla pecah sekatan Israel ke atas Gaza

Pada Khamis, beberapa kapal dari Sepanyol, Tunisia dan Libya dilaporkan sampai ke perairan berhampiran selatan Sicily, dan bergabung dengan kapal-kapal Itali yang sedia menunggu. - Gambar fail/ AP
ANKARA: Enam kapal dari Greece yang membawa puluhan aktivis memulakan pelayaran pada Jumaat di Laut Aegean bagi menyertai Global Sumud Flotilla, sebuah inisiatif antarabangsa yang mencabar sekatan Israel ke atas Gaza, lapor Agensi Anadolu (AA).
Ringkasan AI
- Enam kapal dari Greece membawa puluhan aktivis menyertai Global Sumud Flotilla yang bertujuan mencabar sekatan Israel ke atas Gaza, dengan jumlah keseluruhan kapal dalam konvoi dijangka mencecah 50 buah selepas berkumpul berhampiran Malta.
- Flotila terbesar seumpamanya ini turut disertai kapal dari Sepanyol, Tunisia, Libya dan Itali, dengan misi menyampaikan bantuan kemanusiaan kepada rakyat Palestin yang berdepan kebuluran akibat penutupan menyeluruh oleh Israel.
- Sejak Oktober 2023, lebih 65,100 rakyat Palestin terbunuh dalam serangan Israel, kebanyakannya wanita dan kanak-kanak, menjadikan Gaza tidak lagi sesuai didiami serta menyebabkan penularan penyakit dan krisis kemanusiaan yang berlarutan.
Pada Khamis, beberapa kapal dari Sepanyol, Tunisia dan Libya dilaporkan sampai ke perairan berhampiran selatan Sicily, dan bergabung dengan kapal-kapal Itali yang sedia menunggu, menurut kenyataan dari Global Sumud Flotilla.
Penjejak rasmi flotila itu menunjukkan lebih 40 kapal berada di selatan Sicily, sementara enam kapal dari Greece masih dalam perjalanan untuk menyertai mereka, menjadikan jumlah keseluruhan kapal yang menuju ke Gaza meningkat kepada 50 buah.
Pada Selasa, Jawatankuasa Antarabangsa untuk Memecahkan Sekatan Israel ke atas Gaza berkata kesemua kapal dalam konvoi itu akan berlayar bersama-sama menuju ke pesisir Gaza selepas berkumpul berhampiran Malta.
Konvoi kali ini adalah yang terbesar seumpamanya, dengan misi mencabar sekatan Israel serta menyampaikan bantuan kemanusiaan kepada rakyat Palestin di Gaza yang kini berdepan kebuluran akibat penutupan menyeluruh oleh Israel selama berbulan-bulan.
Tentera Israel membunuh lebih 65,100 rakyat Palestin, kebanyakannya wanita dan kanak-kanak, sejak Oktober 2023. Serangan tanpa henti itu menjadikan wilayah itu tidak lagi sesuai untuk didiami, di samping menyebabkan kebuluran dan penularan penyakit.
-- BERNAMA

Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami