awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
Polis buru tiga lelaki larikan peti besi 100 kilogram
Reformasi MADANI perlu lebih daripada pendekatan rutin, kata PM Anwar
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

6 maut, 24 cedera sempena perarakan Hari Kemerdekaan AS

Astro Awani
Astro Awani
04/07/2022
22:15 MYT
6 maut, 24 cedera sempena perarakan Hari Kemerdekaan AS
Anggota polis sedang mengesan suspek yang melepaskan tembakan ke atas pengunjung sempena sambutan hari kebangsaan di Highland Park. - Foto AP
HIGHLAND PARK: Sekurang-kurangnya enam terkorban manakala 24 lagi cedera dalam kejadian tembakan rambang semasa perarakan sempena Hari Kemerdekaan di Chicago, Amerika Syarikat pada Isnin.
Ketika ini polis sedang memburu suspek yang dipercayai melepaskan tembakan ke atas pengunjung sambutan hari kebangsaan itu dari bumbung sebuah bangunan.
Ketua Polis Highland Park, Chris O'Neill memaklumkan, suspek dipercayai seorang lelaki berkulit putih dan memakai baju berwarna putih atau biru.
Beliau turut menggesa orang ramai untuk kekal di dalam rumah semasa polis mengesan suspek.
"Kawasan kejadian masih aktif dan kami menyeru orang ramai untuk kekal di rumah dan berjaga-jaga," katanya dalam sidang media.
Polis turut menemui sepucuk senapang patah di bumbung sebuah bangunan di Highland Park.
Jurucakap Hospital NorthShore Highlankd Park, Jim Anthony berkata, 26 individu sedang menerima rawatan di hospital tersebut manakala lima lagi telah dipindahkan ke Hospital Evanston NorthShore.
"Kebanyakan mereka mengalami kecederaan akibat ditembak.
"Ada dalam kalangan mereka tercedera akibat rempuhan susulan kejadian itu," katanya.
Kejadian ini mungkin akan mencetuskan semula perbahasan pemilikan senjata api di Amerika Syarikat dan jika undang-undang lebih ketat mampu mencegah pembunuhan beramai-ramai.
Topic Berkaitan
#tembakan rambang
#perarakan
#hari kemerdekaan
#pengunjung
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan