Skip to main content

Malaysia

Pelajar sekolah swasta maut dalam kemalangan di Cyberjaya

Gambar tular di media sosial memaparkan keadaan di lokasi kemalangan pada Khamis. - Foto Threads dean_musthafa
Gambar tular di media sosial memaparkan keadaan di lokasi kemalangan pada Khamis. - Foto Threads dean_musthafa
Advertisement

CYBERJAYA: Seorang pelajar sekolah swasta maut selepas motosikal ditunggangnya dipercayai hilang kawalan dan terbabas di Jalan CV 4 Cyber Valley, di sini semalam.

Ketua Polis Daerah Sepang ACP Norhizam Bahaman berkata remaja lelaki berusia 16 tahun itu dalam perjalanan dari sebuah sekolah antarabangsa menuju ke rumahnya pada 6.30 petang sebelum motosikalnya hilang kawalan lalu terbabas dan jatuh di atas permukaan jalan raya. 

“Akibat daripada kemalangan itu, penunggang motosikal tersebut mengalami kecederaan parah di kepala dan disahkan meninggal dunia di tempat kejadian oleh penolong pegawai perubatan Hospital Cyberjaya,” katanya dalam kenyataan, hari ini.

Advertisement

Beliau berkata kes disiasat dan diklasifikasikan di bawah Seksyen 41(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987.

“Polis menasihati orang awam agar tidak membuat sebarang spekulasi yang boleh mengganggu siasatan pihak polis,” katanya.

Advertisement

Norhizam berkata orang ramai yang mempunyai sebarang maklumat semasa kejadian itu berlaku diminta hadir ke balai polis berhampiran atau menghubungi pegawai penyiasat kes Inspektor Amira Abu Hassan menerusi talian 019-6026596 atau 03-87774264.

-- BERNAMA

 

 

 

Must Watch Video

Advertisement