Skip to main content

Dunia

6 maut, 26 cedera dalam serangan bersenjata di utara Mexico

51688111419_GenericPistol.jpg
BOGOTA (Colombia): Seramai enam orang terbunuh manakala 26 lagi cedera dalam serangan bersenjata di bandar utara Sonora, Mexico.

Dalam kejadian itu, tiga lelaki bersenjata melancarkan serangan semasa perhimpunan di sebuah kediaman di bandar Cajeme, lapor Agensi Anadolu.

Sementara itu, pendakwa raya Sonora, Gustavo Salas Sanchez berkata sebelum ini waran tangkap dikeluarkan terhadap lima daripada enam mangsa yang terbunuh.

Siasatan telah dilancarkan dan kejadian dipercayai mempunyai kaitan dengan perselisihan antara kumpulan samseng.

-- BERNAMA

Advertisement

Must Watch Video