MUSIM 1960-1961, itulah edisi terakhir sebuah pasukan kerdil Liga Inggeris beraksi di saingan Liga Kejuaraan - saingan kedua tertinggi dalam lembaran sejarah bola sepak Inggeris dan 2026.
Lincoln City, yang mesra dikenali dengan nama The Imps itu kembali buat kemunculan semula di pentas Liga Kejuaraan selepas sah tamat saingan EFL Liga 1 di kelompok dua terbaik, biarpun aksi masih berbaki 5 perlawanan.
Advertisement
Turun dalam aksi ke-41 liga berdepan Reading, Lincoln peroleh kemenangan berharga - menundukkan tuan rumah hasil keputusan 2-1.
Sekali gus tiga mata diraih mereka cukup untuk mengesahkan kedudukan ke saingan Liga Kejuaraan dengan pungutan 90 mata - sukar untuk diatasi pasukan di kedudukan ketiga liga, Bradford City.
Di sebalik sejarah pasukan yang agak kelam, kejayaan naik pangkat ke Liga Kejuaraan ini membuktikan semangat dan hasrat setiap individu dalam memastikan misi dan visi pasukan untuk layak buat kali pertama ke pentas Liga Perdana Inggeris dapat direalisasikan.
Selain Lincoln City, satu lagi slot ke Liga Kejuaraan masih terbuka.
Namun ia tampak memihak kepada Cardiff City dengan syarat mereka perlu menang kesemua baki perlawanan untuk mengikut jejak Lincoln City ke saingan kedua tertinggi bola sepak inggeris.
For the first time in 65 years, Lincoln City have sealed promotion to the Championship after a 2-1 win at Reading 👏 pic.twitter.com/SUslcxUSbb
— Sky Sports News (@SkySportsNews) April 6, 2026