Sekurang-kurangnya 60,000 orang menemui ajal dalam penjara-penjara kerajaan Syria sepanjang lima tahun lalu, sama ada diseksa mahupun akibat layanan persekitaran teruk termasuk kekurangan makanan, lapor sebuah badan pemantau pada Sabtu.
Ketua kumpulan pemantau hak asasi manusia Syria (Syrian Observatory for Human Rights), Rami Abdel Rahman, berkata pihaknya mencatatkan statistik itu daripada sumber-sumber rejim.
“Sejak Mac 2011, sekurang-kurangnya 60,000 orang hilang nyawa akibat diseksa atau disebabkan keadaan persekitaran yang dahsyat, terutamanya kekurangan ubat-ubatan atau makanan dalam pusat-pusat tahanan rejim,” kata Abdel Rahman kepada AFP.
Menurutnya, jumlah kematian paling tinggi dicatatkan di penjara Saydnaya, selain pusat-pusat tahanan yang diselia pasukan elit tentera udara dan pasukan keselamatan Syria.
Ribuan tahanan ditempatkan di penjara Saydnaya yang di bawah kuasa tentera. Ia merupakan salah satu pusat tahanan terbesar negara itu yang terletak 30 kilometer di utara Damsyik.
Kumpulan hak asasi menuduh kerajaan Syria menggunakan amalan penyeksaan secara sistematik di pusat-pusat tahanannya.
Pendakwaan daripada pihak Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) menuduh kerajaan Syria melaksanakan polisi ‘hukuman bunuh’ di penjara-penjaranya.
Badan pemantau berpangkalan di Britain itu telah menyenaraikan sebanyak 14,456 nama, termasuk 110 kanak-kanak, yang maut dalam penjara-penjara rejim.
Menurut Abdel Rahman, angkatan kerajaan telah menahan sejumlah 500,000 orang sejak konflik Syria tercetus pada 2011.
Sementara sebahagian tahanan dibebaskan dan yang lain pula mati, status ribuan lagi tahanan tidak diketahui.
Agensi
Sat May 21 2016
Angkatan kerajaan telah menahan sejumlah 500,000 orang sejak konflik Syria tercetus pada 2011. - Gambar fail
Peniaga nasi kukus raih jualan RM14,000 sebulan
Inisiatif Pendapatan Rakyat (IPR) mampu merubah graf pendapatan bulanan peserta apabila meningkatkan hasil jualan.
Piala Uber: Malaysia tewas kepada Taiwan
Malaysia memulakan kempen Kumpulan B Piala Uber 2024 mereka dengan langkah kiri apabila tewas 1-4 kepada Taiwan, di sini hari ini.
Imigresen tahan dalang warga Indonesia, jual produk kosmetik tanpa kelulusan KKM
Jabatan Imigresen menahan seorang wanita warga Indonesia berusia 50 tahun disyaki menjadi dalang penjualan produk kosmetik dan kecantikan yang tidak mendapat kelulusan KKM.
Sheriff: 9 hari tayangan, kaut RM28 juta!
Filem arahan Syafiq Yusof, Sheriff: Narko Intergriti kini meraih kutipan sebanyak RM28 juta dalam 9 hari tayangan.
Jaheaik sudah panggil artis wanita tular buat persembahan - Exco
Jaheaik sudah panggil artis wanita tular buat persembahan - Exco
KidDin bergabung jawab segala isu Konsert Search 'Gemuruh'
KONSERT Search 'Gemuruh' nampaknya semakin diperkatakan disebabkan beberapa isu yang ditimbulkan sehari dua ini.
Penunjuk perasaan Palestin tempelak wartawan AS
Mereka menuduh wartawan A.S sembunyikan dan berikan gambaran salah mengenai perang di Gaza.
Lawatan ke Riyadh: Blinken melawat Arab Saudi esok
Setiausaha Negara Amerika Syarikat, Antony Blinken akan melawat Arab Saudi pada Isnin untuk bertemu dengan rakan serantau dan membincangkan usaha mencapai gencatan senjata di Gaza dan pembebasan tebusan Israel.
Iraq lulus akta penjara maksimum 15 tahun
Parlimen Iraq meluluskan undang-undang yang menjenayahkan hubungan sejenis dengan hukuman penjara maksimum 15 tahun pada Sabtu.
PRK Kuala Kubu Baharu: MB nafi rumah terbuka Selangor langgar akta
Penganjuran Rumah Terbuka Aidilfitri Peringkat Negeri Selangor yang diadakan pada Sabtu malam di pekan Kuala Kubu Bharu (KKB) di sini, tidak melanggar Akta Kesalahan Pilihan Raya 1954 (AKPR).
China sokong usaha kondusif Rusia berhubung konflik di Syria
China menyokong sepenuhnya usaha kondusif yang sedang dicorak di Rusia bagi memastikan keamanan dicapai di Syria.
Malaysia tidak pinggir isu Syria, Palestin dan Rohingya - Reezal Merican
Malaysia akan sentiasa prihatin terhadap konflik yang telah melanda Syria, Palestin dan Rohingya yang mengakibatkan kematian dan penderitaan.