awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
BISNES
Empat pemegang taruh berperanan penting, perkukuh Agenda Negara Menua
MALAYSIA
220 projek pertanian diluluskan di bawah program optimum penggunaan tanah
MALAYSIA
Rafizi desak AGC segera fail semula pertuduhan SRC International terhadap Najib
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

INTERNATIONAL

66 mayat warga Palestin dikeluarkan dari runtuhan di Gaza susulan gencatan senjata

Bernama
Bernama
21/01/2025
14:37 MYT
66 mayat warga Palestin dikeluarkan dari runtuhan di Gaza susulan gencatan senjata
Pasukan pertahanan awam dan sukarelawan terus mencari mangsa lain di bawah runtuhan, meskipun kekurangan peralatan untuk melaksanakan operasi berkenaan. - Reuters
BANDARAYA GAZA: Pasukan pertahanan awam Palestin mengeluarkan 66 mayat dari runtuhan rumah yang musnah di Semenanjung Gaza, lapor Agensi Anadolu (AA) pada Selasa.
Dalam satu kenyataan perkhidmatan itu memaklumkan 58 mayat ditemukan di selatan Gaza pada Isnin, manakala lapan lagi dikeluarkan dari bawah runtuhan di utara Gaza.
Menurut agensi itu, pasukan pertahanan awam dan sukarelawan terus mencari mangsa lain di bawah runtuhan, meskipun kekurangan peralatan untuk melaksanakan operasi berkenaan.
Perjanjian gencatan senjata di Gaza berkuat kuasa pada Ahad, menghentikan serangan genosid Israel yang meragut hampir 47,000 nyawa rakyat Palestin, kebanyakannya wanita dan kanak-kanak serta mencederakan lebih 110,700 orang sejak 7 Okt 2023.
Perjanjian gencatan senjata tiga fasa itu merangkumi pertukaran tahanan dan tempoh bertenang yang berkekalan dengan matlamat mencapai gencatan senjata kekal dan pengunduran tentera Israel dari Gaza.
Serangan Israel menyebabkan lebih 11,000 orang hilang, selain kemusnahan besar dan krisis kemanusiaan yang mengorbankan ramai warga emas serta kanak-kanak, menjadikannya antara bencana kemanusiaan terburuk dalam sejarah dunia.
Mahkamah Jenayah Antarabangsa (ICC) mengeluarkan waran tangkap pada November terhadap Perdana Menteri Israel Benjamin Netanyahu dan bekas Menteri Pertahanannya Yoav Gallant atas jenayah perang dan jenayah terhadap kemanusiaan di Gaza.
Israel turut berdepan kes genosid di Mahkamah Keadilan Antarabangsa (ICJ) kerana serangannya di wilayah itu.
-- BERNAMA
Dapatkan berita terkini di sini
Topic Berkaitan
#gencatan senjata
#runtuhan bangunan
#Gaza
#Palestin
#Israel
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami