awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Festival kira detik ambang tahun baharu buka tirai Tahun Melawat Malaysia 2026
Fahmi ingatkan rakyat manfaat teknologi secara bijak sempena tahun baharu 2026
Helikopter Super Lynx TLDM mendarat cemas di perairan Pantai Klebang
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

7 maut, puluhan ribu terjejas akibat Taufan Vamco landa Manila

Saraya Mia
Saraya Mia
12/11/2020
14:36 MYT
7 maut, puluhan ribu terjejas akibat Taufan Vamco landa Manila
Taufan Vamco merupakan taufan kelapan yang melanda negara itu dalam masa dua bulan, selain menjadi yang ke-21 dalam tempoh setahun. - Gambar/ Reuters
MANILA:Sekurang-kurangnya tujuh maut manakala puluhan ribu yang lain terjejas akibat Taufan Vamco yang melanda Manila, Filipina pada Khamis.
Banjir yang disebabkan oleh taufan itu turut menenggelamkan banyak rumah, sekali gus memaksa penduduk menyelamatkan diri di atas bumbung sementara menunggu bantuan tiba.
Antara punca mangsa yang terkorban termasuk disebabkan lemas, dihempap pokok tumbang selain terperangkap dalam runtuhan gudang.
Penduduk dilihat bertenggek di atas bumbung bagi mengelak air banjir paras tinggi. - Gambar: Reuters
Penduduk dilihat bertenggek di atas bumbung bagi mengelak air banjir paras tinggi. - Gambar: Reuters
Susulan itu, Presiden Filipina Rodrigo Duterte mengarahkan agensi kerajaan menghulur bantuan dengan segera bagi membantu mangsa banjir itu yang disifatkan paling teruk dalam beberapa tahun kebelakangan ini.
Taufan Vamco merupakan taufan kelapan yang melanda negara itu dalam masa dua bulan, selain menjadi yang ke-21 dalam tempoh setahun.
Sebelum ini, Jabatan Meteorologi Malaysia (MetMalaysia) memaklumkan kedudukan ribut itu kira-kira 333 kilometer ke barat laut Pulau Samar di Filipina.
Keadaan itu boleh menyebabkan angin kencang dan laut bergelora di kawasan perairan Laut China Selatan.
Topic Berkaitan
#Rodrigo Duterte
#Filipina
#banjir
#maut
#lemas
#mangsa
#taufan
#Vamco
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan