LONDON: Lebih 70,000 kakitangan di 150 universiti di seluruh Britain akan melancarkan mogok selama 18 hari antara Februari dan Mac dalam pertikaian membabitkan gaji, syarat dan pencen, lapor Agensi Akhbar Jerman (dpa).
Kesatuan Universiti dan Kolej (UCU) berkata tarikh sebenar mogok itu akan diputuskan minggu depan.
Kesatuan itu juga akan menjalankan undian semula kakitangan di semua 150 universiti untuk memperbaharui mandatnya dan membenarkan tindakan perindustrian diadakan pada 2023, termasuk pemulauan penandaan dan penilaian mulai April, melainkan pertikaian itu diselesaikan.
UCU berkata "masa semakin suntuk" untuk pentadbir universiti mengelak gangguan meluas tahun ini.
Kesatuan itu menuntut kenaikan gaji yang bersesuaian bagi menangani krisis kos sara hidup serta tindakan untuk menamatkan kontrak "tidak tiada jaminan".
Kesatuan itu berkata Persatuan Majikan Universiti dan Kolej (UCEA), yang mewakili majikan universiti, menawarkan gaji antara 4 peratus dan 5 peratus kepada UCU pada Rabu yang menurut kesatuan itu sebagai tidak mencukupi.
Setiausaha Agung UCU Jo Grady berkata: "Hari ini kesatuan kita bersatu untuk menyokong program tindakan mogok yang belum pernah berlaku sebelum ini.
"Masa semakin suntuk untuk sektor itu mencapai perjanjian atau berhadapan gangguan secara menyeluruh di sepanjang musim bunga.
"Kakitangan universiti mendedikasikan hidup mereka untuk pendidikan dan mereka mahu kembali bekerja, namun ia hanya akan berlaku jika naib canselor universiti menggunakan kekayaan besar sektor itu untuk menangani lebih sedekad kejatuhan gaji, amalan pekerjaan tidak selamat yang berleluasa dan pencen yang rendah. Pilihan di tangan mereka."
-- BERNAMA
Bernama
Fri Jan 13 2023
Kesatuan itu menuntut kenaikan gaji yang bersesuaian bagi menangani krisis kos sara hidup serta tindakan untuk menamatkan kontrak "tidak tiada jaminan". - Gambar hiasan/REUTERS
Batu Puteh: Dr Mahathir balas kenyataan tiga bekas menteri Kabinet
Dr Mahathir turut membangkitkan persoalan sama ada perlu beliau meminta anggota Kabinet ketika itu untuk menyatakan pendapat mereka.
Pantau Agenda Reformasi: Tangani kenaikan harga premium insurans, takaful kesihatan
Ikuti kupasan Provost, Malaysia University of Science & Technology (MUST), Prof. Emeritus Dr. Barjoyai Bardai mengenai enam syor Jawatankuasa Pilihan Khas Kesihatan tangani kenaikan harga premium insurans & takaful.
Pelabur harus memiliki mata wang Bitcoin - Thomas Peterffy
Pengasas syarikat broker runcit Interactive Brokers Group, Thomas Peterffy menyarankan pelabur untuk memiliki sedikit mata wang kripto, Bitcoin.
Pengeluaran getah asli Malaysia catat peningkatan 20.6 peratus
Pengeluaran getah asli Malaysia catat peningkatan 20.6 peratus pada Oktober 2024 dengan 38,400 tan berbanding 31,847 tan pada September 2024.
Korean Air selesai pembelian jangka panjang Asiana Airlines
Syarikat penerbangan Korean Air menyelesaikan pembelian jangka panjang terhadap pesaingnya, Asiana Airlines yang kini dalam krisis hutang.
Jumlah import eksport barangan China naik 4.9 peratus 11 bulan pertama
Jumlah import dan eksport barangan China mencapai RMB39.79 trilion (RM24.3 trilion) dalam 11 bulan pertama tahun ini, naik 4.9 peratus tahun ke tahun.
4.1 juta pencarum miliki amaun permulaan, RM 14.5 bilion dipindah
Seramai 4.1 juta atau 31.6 peratus daripada jumlah keseluruhan ahli Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) di bawah umur 55 tahun memilih mempunyai amaun permulaan dalam Akaun Fleksibel dengan jumlah perpindahan sebanyak RM14.5 bilion
Nilai ringgit dijangka terus kukuh menjelang akhir 2025
Nilai ringgit dijangka terus kukuh menjelang akhir 2025
MIC cadang mekanisme khusus kawal kos rawatan hospital swasta
MIC mencadangkan supaya kerajaan dapat mewujudkan mekanisme khusus yang dapat mengawal kos rawatan di hospital swasta.
Pindaan Akta 655 perkenal hukuman berat, kesalahan baharu
Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Fadillah Yusof bentangkan pindaan Akta Industri Perkhidmatan Air 2006 (Akta 655) dengan memperkenalkan hukuman lebih berat dan kesalahan baharu.
70,000 kakitangan universiti di Britain lancar mogok 18 hari tuntut kenaikan gaji
Lebih 70,000 kakitangan di 150 universiti di seluruh Britain akan melancarkan mogok selama 18 hari antara Februari dan Mac dalam pertikaian membabitkan gaji, syarat dan pencen.