JUMLAH dos vaksin COVID-19 yang didaftar atau disuntik di seluruh dunia setakat ini melebihi 8.15 bilion.

Menurut data Johns Hopkins University, China kini mendahului dengan lebih 2.53 bilion dos vaksin sudah didaftarkan.

Ini diikuti India dengan lebih 1.27 bilion dos, manakala Amerika Syarikat dengan lebih 466 juta dos.

Jepun mencatat lebih 197 juta dos didaftarkan, sementara Turki melebihi 120 juta.

Jerman, Mexico dan Perancis catat angka melepasi 100 juta dos.

Di Asia Tenggara, Indonesia jauh di hadapan negara lain dengan 241 juta dos sudah diberikan.

Ini diikuti Thailand melebihi 94 juta, manakala Filipina 90 juta, dan Malaysia melebihi 53 juta.

Singapura pula mencatat pemberian lebih 10 juta dos vaksin.