SIIKAT Natural Head Spa tawar pendekatan kesejahteraan asli khusus wanita

Produk penjagaan rambut SIIKAT yang dirumus berasaskan bahan semula jadi, termasuk hair oil dan rawatan kulit kepala, menjadi antara tarikan utama konsep kesejahteraan holistik spa tersebut. -Gambar SIIKAT
DALAM realiti kehidupan wanita moden yang sarat dengan tekanan kerja, tanggungjawab keluarga, dan tuntutan harian, keperluan terhadap kesejahteraan kini dilihat melangkaui aspek kecantikan luaran semata-mata, sebaliknya merangkumi ketenangan dalaman dan kesihatan menyeluruh.
Ringkasan AI
- SIIKAT Head Spa menawarkan rawatan kulit kepala berasaskan bahan semula jadi dengan fokus kepada kesejahteraan holistik bagi memenuhi keperluan wanita mencari ruang rehat selamat, privasi, dan pemulihan diri.
- Pengasas SIIKAT, Siti Nur Rahmah, menekankan konsep natural head spa yang percaya kesihatan keseluruhan bermula daripada kulit kepala yang berkait rapat dengan fungsi organ tubuh, dengan tumpuan kepada ingredient dan rawatan natural wellness.
- SIIKAT turut berperanan sebagai platform pemerkasaan wanita dengan penubuhan SIIKAT Academy, sebagai sekolah TVET yang melatih terapis profesional dan usahawan dalam industri kesejahteraan, serta menawarkan rawatan signature 'Ratu Head Spa' yang melibatkan lebih 15 langkah rawatan menyeluruh.
Menurutnya, konsep natural head spa yang diketengahkan berpaksikan kepercayaan bahawa kesihatan dalaman bermula daripada kulit kepala yang berkait rapat dengan fungsi organ-organ penting dalam tubuh.
“Kami mementingkan ingredient dan rawatan yang fokus kepada natural wellness. Apa yang membezakan SIIKAT ialah niche natural head spa kerana kami percaya kesihatan keseluruhan bermula daripada kulit kepala, dan kulit kepala itu sendiri mewakili banyak organ dalam tubuh badan,” katanya.
Beliau berkata, konsep spa khusus wanita turut diperkenalkan bagi menyediakan ruang yang selesa dan privasi, khususnya kepada wanita yang berhadapan isu tekanan, migrain serta keletihan mental akibat gaya hidup moden.

Seorang pelanggan menjalani rawatan analisis kulit kepala menggunakan peranti imbasan khas di SIIKAT Head Spa, bagi mengenal pasti keperluan rawatan yang bersesuaian. - Gambar SIIKAT
Pengalaman peribadi sebagai wanita bekerja turut menjadi pencetus kepada penubuhan SIIKAT, apabila rawatan yang benar-benar selamat dan sesuai sukar ditemui di pusat kecantikan biasa.
Rahmah berkata, beliau sendiri pernah berdepan episod migrain dan keletihan melampau sehingga mendorongnya mencari solusi alternatif yang lebih selamat berbanding pengambilan ubat secara berterusan.
“Selain daripada makan ubat, saya mencari solusi lain. Saya gemar ke spa untuk rawatan rambut dan kepala, tetapi masalahnya kita belum tentu tahu bahan yang digunakan.
“Jadi sebagai individu yang mementingkan kesejahteraan, saya sangat menitikberatkan bahan natural, dan daripada pengalaman itulah saya membangunkan SIIKAT,” tambahnya.
Semua rawatan di SIIKAT menggunakan produk semula jadi yang selamat dan dirumus khas untuk wanita yang mengutamakan kesejahteraan diri, termasuk wanita bertudung serta mereka yang mengalami masalah kulit kepala sensitif.
Selain menawarkan rawatan, SIIKAT turut berperanan sebagai platform pemerkasaan wanita melalui latihan kemahiran dan pembangunan bakat tempatan, khususnya dalam kalangan wanita B40, ibu tunggal serta wanita yang kembali ke dunia pekerjaan.
Usaha itu akan diperkukuh menerusi penubuhan SIIKAT Academy, yang dirancang sebagai platform latihan berasaskan TVET bagi melahirkan terapis profesional dan usahawan dalam industri kesejahteraan.
“Kami merancang untuk membangunkan SIIKAT Academy sebagai sekolah TVET, di mana pelajar boleh belajar sambil bekerja.
"Pada masa sama, kami mahu membantu wanita menjadi usahawan, termasuk melalui produk kami seperti hair oil dan shampoo yang mendapat sambutan pelanggan,” jelasnya.
Antara tarikan utama SIIKAT ialah rawatan signature ‘Ratu Head Spa’ yang merangkumi lebih 15 langkah rawatan bermula dengan imbasan kesihatan kulit kepala, sebelum penggunaan produk semula jadi yang dirumus secara khusus.

Rawatan signature ‘Ratu Head Spa’ SIIKAT menampilkan pendekatan relaksasi menyeluruh yang menggabungkan terapi sentuhan dan elemen kesejahteraan semula jadi khusus untuk wanita. - Gambar SIIKAT
Ketika ini, SIIKAT Head Spa beroperasi di beberapa lokasi termasuk Bangi, Eco Majestic, Putrajaya, dan Setia Alam, dengan sasaran untuk memperluas akses kesejahteraan semula jadi kepada lebih ramai wanita di seluruh negara.
Orang ramai yang ingin merasai sendiri pengalaman rawatan kesejahteraan berasaskan bahan semula jadi yang ditawarkan SIIKAT Head Spa boleh mengunjungi mana-mana cawangannya, atau mendapatkan maklumat lanjut menerusi laman sesawang rasmi SIIKAT, atau Instagram @siikatspa
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami


