JUMLAH dos vaksin COVID-19 yang didaftar atau disuntik di seluruh dunia setakat ini melebihi 8.29 bilion.

Menurut data Johns Hopkins University, China kini mendahului dengan lebih 2.56 bilion dos vaksin yang sudah didaftarkan.

Ini diikuti India dengan lebih 1.3 bilion dos, manakala Amerika Syarikat dengan lebih 473 juta dos vaksin.

Jepun mencatat lebih 197 juta dos didaftarkan, sementara Turki melebihi 121 juta.

Jerman, Mexico dan Perancis mencatat angka melepasi 100 juta dos. 

Di Asia Tenggara, Indonesia jauh di hadapan negara lain dengan mendaftarkan 244 juta dos vaksin COVID-19.

Ini diikuti Thailand dengan lebih 95 juta, manakala Filipina 92 juta, dan Malaysia lebih 54 juta.

Singapura sudah mendaftar lebih 10 juta dos vaksin COVID-19.