awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Naim Moktar, Mohd Iskandar ikrar beri khidmat terbaik kepada rakyat
Kemenangan BN di Kinabatangan, Lamag cerminkan keyakinan rakyat - Ahmad Zahid
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Proton sasar jual lebih 2,000 unit Proton X50 serba baharu setiap bulan

Bernama
Bernama
05/07/2025
21:15 MYT
Proton sasar jual lebih 2,000 unit Proton X50 serba baharu setiap bulan
Zhang berkata Proton mula menerima tempahan untuk model baharu itu bermula hari ini dengan sasaran sebanyak 10,000 unit sebelum pelancaran rasmi yang dijangka berlangsung dalam bulan ini. - Foto Proton
SHAH ALAM: Proton Holdings Bhd menyasarkan untuk menjual lebih daripada 2,000 unit Proton X50 yang baru sahaja diperkenalkan secara prapelancaran, setiap bulan.
Timbalan Ketua Pegawai Eksekutif Proton Edar Zhang Qiang berkata dengan penambahbaikan dan ciri baharu yang diperkenalkan, Proton X50 baharu disasarkan untuk terus menjadi kenderaan utiliti sukan (SUV) segmen-B terlaris di negara ini.
"Kami menyasarkan angka jualan Proton X50 baharu ini sekurang-kurangnya lebih 2,000 unit sebulan," katanya kepada para pemberita selepas majlis prapelancaran model terbaharu Proton X50 di Setia City Mall di sini pada Sabtu..
Sementara itu, Zhang berkata Proton mula menerima tempahan untuk model baharu itu bermula hari ini dengan sasaran sebanyak 10,000 unit sebelum pelancaran rasmi yang dijangka berlangsung dalam bulan ini.
Proton X50 serba baharu didatangkan dengan reka bentuk yang lebih menonjol, Sistem Bantuan Pemandu Termaju (ADAS) Tahap 2 yang dipertingkat dan kini menampilkan pengecaman suara dalam Bahasa Melayu pertama di dunia untuk pengalaman pemanduan tempatan yang unik.
SUV segmen-B Proton yang dikemas kini ini ditawarkan dalam varian Executive, Premium dan Flagship dengan keseluruhan ciri tambahan baharu dianggarkan bernilai lebih RM10,000.
Sejak diperkenalkan pada 2020, Proton X50 mentakrif semula segmen SUV di Malaysia dengan lebih daripada 140,000 unit terjual sekali gus menjadikannya SUV segmen-B terlaris di negara ini selama lima tahun berturut-turut.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#Proton X50
#ciri tambahan baharu
#pelancaran rasmi
#kenderaan utiliti sukan
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan