awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Pemalsuan dokumen: FAM buat laporan polis
Snapchat perkenal lensa AI 'Animate It' untuk cipta video janaan automatik
Luruan monsun: Tiada indikator risiko banjir besar awal 2026 - MetMalaysia
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

8 terbunuh, lebih 800 banduan larikan diri selepas pengganas serang penjara di Congo

Bernama
Bernama
11/08/2022
06:22 MYT
8 terbunuh, lebih 800 banduan larikan diri selepas pengganas serang penjara di Congo
Seramai 80 anggota Pasukan Demokratik Bersekutu (ADF) menyerang penjara pusat Kakwangura di Butembo di Congo pada Selasa malam untuk membebaskan 13 anggotanya, termasuk 12 banduan wanita.
DOUALA (Cameroon): Lapan orang termasuk dua anggota polis dan seorang awam, terbunuh dalam serangan oleh Pasukan Demokratik Bersekutu (ADF) di penjara pusat Kakwangura di Butembo di Congo.
Lapan puluh anggota ADF menyerang penjara pada Selasa malam untuk membebaskan 13 anggotanya, termasuk 12 banduan wanita, lapor Agensi Anadolu memetik jurucakap tentera, Kapten Anthony Mualushayi dalam satu sidang media.
ADF adalah kumpulan pengganas yang bergabung dengan kumpulan yang berkait dengan Daesh di Wilayah Afrika Tengah (ISCAP).
Selama bertahun-tahun kumpulan itu sering melakukan kekejaman di Congo.
Media Congo melaporkan selain yang terbunuh, 822 daripada 874 banduan yang berdaftar di kemudahan itu turut melarikan diri. - BERNAMA.
Topic Berkaitan
#penjara Congo
#penjara pusat Kakwangura
#pengganas serang penjara
#Congo
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan