9 anggota militan ditembak mati

Syah Hairizal Kamalul Arifin
Disember 24, 2017 16:17 MYT
Pihak berkuasa Mesir mengesahkan telah menembak mati sembilan suspek anggota militan dalam satu operasi yang dijalankan di wilayah Sharqiya. -Gambar hiasan
Pihak berkuasa Mesir mengesahkan telah menembak mati sembilan suspek anggota militan dalam satu operasi yang dijalankan di wilayah Sharqiya.
Kejadian berlaku selepas suspek melepaskan tembakan ke arah pihak berkuasa.
Kementerian Dalam Negeri Mesir dalam kenyataannya pada Ahad menyebut suspek militan terbabit bersembunyi di sebuah ladang di Sharqiya dan menjalani latihan menggunakan senjata untuk melancarkan satu serangan di Sinai sebelum ini.
Serangan si Sinai itu telah menyebabkan beberapa anggota polis dan tentera terkorban.
Berhubung operasi di Sharqiya, pihak berkuasa ketika ini masih dalam usaha mengenal pasti identiti militan serta senjata yang digunakan di ladang terbabit.
Sementara itu, di Kaherah, polis berjaya menahan sembilan lagi suspek militan disyaki ada kaitan dengan kumpulan pemberontak di negara itu.
#Kementerian Dalam Negeri #mati #maut #Mesir #militan #operasi #polis #serangan #suspek #tentera