Skip to main content

Dunia

9 ditahan kes penipuan tiket muzium seni Louvre selama 10 tahun

Unsplash
Penyiasat berkata bahawa penipuan itu dipercayai telah berlarutan selama lebih 10 tahun. - Gambar/ Unsplash

PARIS: Pihak berkuasa Perancis menahan sembilan orang dan merampas lebih €1.4 juta (US$1.6 juta) berkaitan dengan kes penipuan tiket di muzium seni Louvre, lapor Agensi Akhbar Jerman (dpa), memetik pejabat pendakwa raya pada petang Khamis.

Pemandu pelancong, dua kakitangan Louvre, dan seorang individu yang disyaki mengatur penipuan itu adalah antara sembilan orang yang ditahan pada Selasa, menurut pihak pendakwa raya.

Advertisement

Suspek akan dibawa ke hadapan majistret pada Jumaat.

Penyiasat berkata bahawa penipuan itu dipercayai telah berlarutan selama lebih 10 tahun. Pihak Louvre menganggarkan kerugian yang dialami mencecah lebih €10 juta.

Menurut pejabat pendakwa raya, suspek dipercayai telah melaburkan sebahagian daripada wang tersebut dalam hartanah di Perancis dan Dubai. Siasatan terhadap kemungkinan penipuan tiket juga dijalankan di Istana Versailles.

-- BERNAMA-dpa

 

Must Watch Video