JAKARTA: Presiden Joko Widodo (Jokowi) menyatakan tiga bidang kerjasama ASEAN, termasuk peralihan tenaga di rantau itu boleh menjadi tumpuan Kaukus ASEAN dalam Majlis Penasihat Perniagaan APEC (ABAC), lapor Agensi Berita ANTARA.
Jokowi pada Hari Kaukus ASEAN ABAC di San Francisco, Amerika Syarikat pada Rabu berkata fokus pertama adalah kecepatan peralihan tenaga yang antara lain berkaitan dengan perjanjian ASEAN untuk menjadi hab global bagi industri kenderaan elektrik.
"Kaukus ASEAN boleh menjadi bahagian penting dalam mengukuhkan inisiatif ini," menurutnya dalam kenyataan daripada Biro Akhbar Sekretariat Presiden yang diterima pada Khamis.
Jokowi berkata peralihan tenaga memerlukan pelaburan dan sokongan teknologi dengan inisiatif Dana Impak Indo-Pasifik (Indo-Pacific Impact Fund) mampu memainkan peranan penting.
Selain itu, tumpuan lain yang dianggap penting adalah pencapaian neutraliti karbon.
Beliau berkata ekonomi mesti terus berkembang selaras dengan komitmen ASEAN untuk memelihara alam sekitar.
Menurut Jokowi, ASEAN telah bersetuju dengan strategi untuk neutraliti karbon.
Tambahan pula, beliau berkata Indonesia menyasarkan untuk mencapai pelepasan sifar bersih menjelang 2060.
Beliau menegaskan sasaran itu boleh dicapai melalui kerjasama konkrit terutamanya dalam sektor kerajaan dan perniagaan yang boleh dihubungkan melalui Kaukus ASEAN.
Beliau juga menggalakkan peranan aktif Kaukus ASEAN dalam menyokong komitmen ASEAN untuk mempercepatkan pelaksanaan pembayaran digital rentas sempadan melalui kerjasama antara institusi kewangan.
Presiden juga mengalu-alukan penubuhan Kaukus ASEAN untuk mengukuhkan pemusatan ASEAN dalam ABAC.
Melalui Kaukus ASEAN, perkongsian kerajaan-perniagaan dijangka menjadi lebih kukuh.
Beliau turut menekankan bahawa ASEAN merupakan antara wilayah strategik yang mempunyai modal kukuh untuk menjadi pusat pertumbuhan global.
Selain itu beliau berkata kestabilan serantau yang dikekalkan juga merupakan kekuatan bagi ASEAN.
"Ini adalah aset penting yang membolehkan suara ASEAN didengari dalam pelbagai forum, termasuk APEC," katanya.
--BERNAMA-ANTARA
Bernama
Thu Nov 16 2023
Jokowi berkata peralihan tenaga memerlukan pelaburan dan sokongan teknologi dengan inisiatif Dana Impak Indo-Pasifik (Indo-Pacific Impact Fund) mampu memainkan peranan penting. - Gambar fail/IG Jokowi
Indonesia sediakan sistem keselamatan siber sokong transformasi digital
Kementerian Komunikasi dan Hal Ehwal Digital sedang menyediakan sistem keselamatan siber bagi menyokong pelaksanaan transformasi digital di Indonesia.
Ekonomi ASEAN mengalami pertumbuhan stabil pada 2024 di sebalik cabaran
Asia Tenggara muncul sebagai antara rantau dengan pertumbuhan ekonomi paling pesat di dunia.
Tiga kilang perabot, kotak di Bandar Puncak Alam terbakar
Tiga premis dipercayai kilang perabot dan kotak di Taman Perindustrian Alam Jaya, Bandar Puncak Alam di Kuala Selangor dilaporkan terbakar malam ini.
Tumpuan Ahad – 15 Disember 2024
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan di Astro AWANI.
Selebriti lelaki ditahan di Cyberjaya, disyaki miliki ganja
Seorang selebriti tempatan ditahan selepas disyaki memiliki dadah jenis ganja dalam serbuan di sebuah rumah teres di Cyberjaya, pada Sabtu.
BN dan UMNO tetap rakan setia politik dengan PH
Pengerusi Barisan Nasional (BN), Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi menyatakan parti itu akan kekal setia sebagai rakan politik bersama Pakatan Harapan (PH) di dalam Kerajaan Perpaduan pimpinan Datuk Seri Anwar Ibrahim. Jelas beliau, BN dan juga UMNO juga tidak akan termakan dengan ajakan serta pujukan daripada mana-mana pihak untuk meninggalkan gabungan sedia ada.
Saya dinasihatkan kekal sebagai MB Selangor - Amirudin
Amirudin berkata kestabilan adalah penting untuk kerajaan negeri meneruskan apa yang telah dimulakan, termasuk merangka Rancangan Selangor Kedua yang dijangka siap pada 2026.
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
Berikut adalah berita yang paling menjadi tumpuan sepanjang Sabtu, 14 Disember 2024.
10 Berita Pilihan - (14 Disember 2024)
Antara pelbagai berita dalam dan luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.
Selebriti lelaki ditahan di Cyberjaya, disyaki miliki ganja
Seorang selebriti tempatan ditahan selepas disyaki memiliki dadah jenis ganja dalam serbuan di sebuah rumah teres di Cyberjaya, hari ini.
ASEAN model perkongsian keputusan bersama dan pengaruh mampan - Mohamad
ASEAN tidak seharusnya dilihat semata-mata sebagai "zon penampan" antara kuasa besar dunia tetapi sebagai model perkongsian keputusan bersama dan pengaruh mampan.
Malaysia fokus isu keamanan dan kestabilan serantau di Sidang Kemuncak ASEAN - Duta
Malaysia di Sidang Kemuncak ASEAN akan memfokuskan kepada beberapa isu utama antaranya melibatkan keamanan dan kestabilan serantau serta integrasi ekonomi serantau.
‘Ribut geopolitik’ menghampiri, ASEAN harus perkuat kesepaduan - Mahbubani
Ketika ketegangan antara Amerika Syarikat dan China terus meningkat, diplomat terkenal Singapura dan ahli akademik Kishore Mahbubani menggesa anggota dan pemimpin ASEAN untuk mengukuhkan perpaduan.
ABAC: Jokowi tekankan tiga fokus Kaukus ASEAN termasuk peralihan tenaga
Presiden Joko Widodo (Jokowi) menyatakan tiga bidang kerjasama ASEAN, termasuk peralihan tenaga di rantau itu boleh menjadi tumpuan Kaukus ASEAN dalam Majlis Penasihat Perniagaan APEC (ABAC).
Indonesia mahu bekerjasama dengan China demi kesejahteraan, kestabilan
Indonesia jangka kerjasamanya dengan China terus membangun dan membawa kemakmuran, kestabilan dan peluang kepada rakyat kedua-dua negara.