[TERKINI] Mohd Khalid Dilantik Ketua Polis Negara ke-15 – Ikuti Laporan Penuh di Sini
INTERNATIONAL

Abang Oscar Pistorious pula didakwa sebabkan kematian

Astro Awani 24/02/2013 | 23:20 MYT
Perbicaraan kes bunuh membabitkan atlet olimpik Afrika Selatan, Oscar Pistorious yang didakwa membunuh teman wanitanya terus menarik perhatian.
Ini kerana abangnya, Carl Pistorius turut dibicara di mahkamah kerana kematian seorang wanita.
Bagaimanapun perbicaraan ke atas Carl tiada kaitan langsung dengan kes Oscar.
Carl didakwa menyebabkan kematian seorang wanita dalam satu kemalangan pada 2008.
Wanita yang menaiki sebuah motosikal itu maut sejurus selepas nahas berlaku.
Polis juga mengesahkan Carl tidak mabuk ketika nahas berlaku.
Oscar pada Jumaat dibenar ikat jamin selepas berdepan tuduhan menembak mati teman wanitanya, yang disangka penceroboh.
#Carl Pistorius #Oscar Pistorius #Paralimpik #tembak