awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
[TERKINI] MB Perlis umum letak jawatan secara sukarela
Perspektif, cadangan rakyat untuk perkasa bantuan SARA 2026
Tun Mahathir gesa kerajaan perhebat bantuan untuk mangsa banjir Aceh
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Afghanistan, Iran, Turkiye ucap takziah atas pembunuhan ahli keluarga pemimpin Hamas

Bernama
Bernama
11/04/2024
13:39 MYT
Afghanistan, Iran, Turkiye ucap takziah atas pembunuhan ahli keluarga pemimpin Hamas
Ahli keluarga Haniyeh menjadi sasaran pada Rabu ketika menziarahi saudara-mara sempena Aidilfitri di kem pelarian Shati Gaza. - Gambar fail
NEW DELHI: Afghanistan, Turkiye dan Iran mengucapkan takziah kepada pemimpin Hamas Ismail Haniyeh atas pembunuhan tiga anak lelaki dan empat cucunya oleh Israel dalam serangan udara di kem pelarian Gaza.
"Dengan kesedihan yang mendalam, kami menerima berita duka mengenai syahidnya beberapa ahli keluarga Ismail Haniyeh, pemimpin politik Hamas yang dihormati," kata jurucakap kerajaan Afghanistan Zabihullah Mujahid dalam satu kenyataan.
"Kami amat menghargai pengorbanan, kesabaran dan ketabahan yang ditunjukkan oleh Haniyeh dan rakyat Palestin. Melalui sifat-sifat ini kami percaya jalan untuk penaklukan dan kemenangan bermula," katanya.
Menteri Luar Afghanistan Mawlawi Amir Khan Muttaqi bercakap melalui telefon dengan Haniyeh untuk menyatakan kesedihannya dan memberitahu beliau bahawa melalui pengorbanan itu, Palestin akan dibebaskan daripada penjajahan Zionis.
Ahli keluarga Haniyeh menjadi sasaran pada Rabu ketika menziarahi saudara-mara sempena Aidilfitri di kem pelarian Shati Gaza.
Peningkatan serangan Israel dalam kempen genosidalnya di Gaza telah mencetuskan kemarahan orang ramai dan tuntutan untuk pembalasan.
Presiden Turkiye Recep Tayyip Erdogan juga menghubungi Haniyeh, yang merupakan Ketua Biro Politik Hamas.
"Presiden Erdogan menegaskan bahawa Israel pasti akan dipertanggungjawabkan di hadapan undang-undang untuk jenayah kemanusiaan yang telah dilakukannya," kata Presiden Turkiye dalam hantaran di media sosial.
Menteri Luar Iran Hossein Amirabdollahian mengutuk serangan Israel sebagai "jenayah dan pengecut".
Beliau berkata pengorbanan itu akan menguatkan lagi tekad Palestin untuk membebaskan bumi mereka daripada rejim Zionis.
Menteri Luar Iran Hossein Amirabdollahian mengutuk serangan Israel sebagai "jenayah dan pengecut".
Beliau berkata pengorbanan itu akan menguatkan lagi tekad Palestin untuk membebaskan bumi mereka daripada rejim Zionis.
"Semoga Allah memberkati dan memberi rahmat kepada anak-anak dan cucu-cucu para syuhada silam dan lebih daripada 34,000 orang mati syahid beberapa bulan kebelakangan ini di Semenanjung Gaza dan Tebing Barat," kata Amirabdollahian.
Kira-kira 60 ahli Hamas termasuk ramai kanak-kanak, keluarga pemimpin Hamas terbunuh dalam pengeboman tanpa henti Israel sejak Oktober lepas.
"Melalui darah para syuhada dan kesakitan mereka yang cedera, kami mencipta harapan, kami mewujudkan masa depan, kami cipta kemerdekaan dan kebebasan untuk rakyat dan negara kami," kata Haniyeh kepada Al Jazeera.
"Tidak syak lagi bahawa musuh jenayah ini didorong oleh semangat membalas dendam dan semangat membunuh dan pertumpahan darah dan ia tidak mematuhi sebarang piawaian atau undang-undang," katanya.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#takziah
#Ismail Haniyeh
#Pemimpin hamas
#keluarga dibunuh
#Israel
#Gaza
#Palestin
#Turkiye
#Iran
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan