NEW DELHI: Kerajaan sementara Afghanistan mengecam keputusan Amerika Syarikat (AS) untuk memindahkan AS$3.5 bilion aset bank pusat Afghanistan ke sebuah entiti yang berpangkalan di Switzerland.
Wang daripada rizab beku Da Afghanistan Bank (DAB) akan digunakan untuk "membantu menstabilkan ekonomi Afghanistan", menurut Perbendaharaan AS pada Rabu.
Sementara itu, Kementerian Luar Afghanistan pada Khamis mendakwa bahawa pemindahan sebahagian daripada rizab DAB di AS ke Switzerland dan penggunaannya tanpa sebarang input dari Afghanistan adalah "tidak boleh diterima dan melanggar norma antarabangsa".
"Rizab ini tidak boleh digunakan untuk sebarang tujuan pengeluaran.
"Mengeluarkan rizab ini untuk tujuan lain tanpa persetujuan rakyat Afghanistan ialah langkah negatif terhadap kestabilan ekonomi Afghanistan yang dilakukan oleh AS.
"AS mengambil langkah ini tanpa berunding atau mendapatkan persetujuan kami, ia boleh menjejaskan kestabilan ekonomi dan kesejahteraan rakyat Afghanistan," kata jurucakap kementerian Abdul Qahar Balkhi dalam satu kenyataan.
Difhamkan AS menubuhkan "Dana Afghan" melalui Perbendaharaan dan Jabatan Negara dengan penyelarasan kerajaan Switzerland dan "pakar ekonomi Afghanistan".
"Taliban bukan sebahagian daripada Dana Afghan, dan perlindungan ketat dibuat bagi menghalang dana digunakan untuk aktiviti haram.
"Akaun Dana Afghan akan dikekalkan dengan Bank untuk Penyelesaian Antarabangsa (BIS) yang berpangkalan di Switzerland ," menurut kenyataan Perbendaharaan AS.
Dana itu akan membantu mengurangkan cabaran ekonomi yang dihadapi Afghanistan sambil melindungi dan memelihara rizab AS$3.5 bilion daripada DAB, serta memberi manfaat kepada rakyat Afghanistan, kata timbalan setiausaha Perbendaharaan AS,Wally Adeyemo.
Pentadbiran Presiden Joe Biden telah membekukan kira-kira AS$9.5 bilion aset bank pusat Afghanistan di AS selepas Taliban mengambil alih Kabul pada Ogos 2021 susulan kejatuhan rejim Ashraf Ghani yang disokong AS.
Pengumuman AS pada Rabu untuk menubuhkan dana amanah yang berpangkalan di Switzerland berdasarkan perintah eksekutif Biden pada Februari tahun ini.
-- BERNAMA
Bernama
Fri Sep 16 2022
Wang daripada rizab beku Da Afghanistan Bank (DAB) akan digunakan untuk "membantu menstabilkan ekonomi Afghanistan", menurut Perbendaharaan AS. - REUTERS
Saya masih setia dengan UMNO, kritikan hanya untuk bangkitkan semangat parti - Tengku Zafrul
Ahli Majlis Kerja Tertinggi (MKT) UMNO, Tengku Datuk Seri Zafrul Abdul Aziz menegaskan beliau masih lagi setia bersama parti itu walaupun pernah mengkritik kepemimpinan UMNO Selangor sebelum ini.
AWANI Tonight: How will Iran-Israel situation evolve after tit-for-tat attacks?
Iranian officials and media are playing down the Israeli attack on Isfahan, saying it was limited to three small drones. Analyst Jonathan Lord discusses the Iranian response as concerns grow over a possible war with Israel.
AWANI Tonight: India: voters head to polls in world's biggest election
India’s 2024 general election kicks of today with over 969 million eligible voters. Rahul Mishra from Jawaharlal Nehru University shares what to expect as voters head to polls in the world’s biggest election. India, election, Narendra Modi, Rahul Mishra
Ringgit terus meningkat berbanding dolar AS semasa ditutup
Pada 6 petang, ringgit mengukuh kepada 4.7810/7855 berbanding dolar AS daripada 4.7840/7870 semasa ditutup pada Khamis.
Tidak perlu terlalu terkesan dengan lawak perkauman - Belia
Wakil Malaysia Southeast Asia Youth Leadership Program, Amira Aliya Abd Aziz berkata tidak perlu ambil hati dengan jenaka bersifat perkauman selagi mana ia tidak melibatkan isu-isu yang sensitif. Jelasnya, masyarakat berhak untuk membuat pendirian tersendiri terhadap jenaka-jenaka yang dibuat tetapi tidak perlu sehingga dipanaskan secara keterlaluan. #DialogAnakMuda
Raikan perbezaan selagi tidak menggunakan kaum untuk meraih perhatian - Mahasiswa
Setiausaha Agung Demokrat Universiti Malaya, Krishan Renganathan berkata perbezaan pandangan dalam sebuah negara demokrasi adalah suatu yang lumrah. Jelasnya, batas dalam perbezaan itu adalah tidak menggunakan sensitiviti kaum untuk meraih perhatian dan memancing isu. #DialogAnakMuda
Pupuk sikap mendengar tanpa bersifat emosional, reaksi terburu-buru - Belia
Graduan undang-undang Taylor’s University Malaysia, Faith Ling berkata masyarakat perlu amalkan sikap mendengar dari semua pihak secara terbuka tanpa bersikap emosional dan memberi reaksi secara terburu-buru demi menyantuni perbezaan pendapat yang wujud. Jelasnya, isu seperti konflik Israel-Palestin adalah terlalu kompleks dan perlu diamati dengan berhati-hati demi menjaga keharmonian. #DialogAnakMuda
Minda individu bawah 25 tahun lebih mudah dilentur hormat sensitiviti kaum - Pemimpin GSL
Pengurus Program Pemimpin GSL, Bernard Ow berkata minda generasi bawah 25 tahun lebih mudah untuk dilentur dan dilahirkan sebagai agen perpaduan dalam masyarakat. Jelasnya, perkara utama yang perlu ditekankan adalah aspek menghormati perbezaan pandangan yang rencam dalam konteks Malaysia. #DialogAnakMuda
Perpaduan bukan bermakna tiada pergaduhan - Undi18
Alumni Program Undi18, Khairun Sofea berkata mencapai status masyarakat bersatu-padu bukan bermakna mencipta komuniti yang tidak ada perbalahan. Sebaliknya, ketegangan akan terus berlaku tetapi masyarakat yang hidup dalam perpaduan akan cuba saling hormat dan faham, seterusnya mengekalkan keharmonian. #DialogAnakMuda
METMalaysia terus pantau perkembangan letusan Gunung Ruang
Pihak METMalaysia juga melaksanakan simulasi untuk mengenal pasti potensi berlaku tsunami akibat letusan itu dan ancamannya kepada Malaysia.
Pilihan raya Pakistan: Perkhidmatan rangkaian mudah alih digantung, sempadan ditutup
Pihak berkuasa Pakistan menggantung perkhidmatan mudah alih dan menutup sempadan dengan negara jiran Afghanistan dan Iran selepas insiden pengeboman.
150,000 wanita dan sektor kesihatan, hak tidak diabaikan - Menteri Kesihatan Awam Afghanistan
Seramai 150,000 wanita berkhidmat dalam sektor kesihatan Afghanistan ketika ini dengan pelbagai cabang kepakaran.
Afghanistan ketika ini 100 peratus aman - Menteri Kesihatan Awam Afghanistan
Situasi di Afghanistan jauh lebih baik berbanding 20 tahun lalu yang menyaksikan ratusan orang maut akibat peperangan.
Afghanistan perlu raih semula penghormatan untuk membangun - Penganalisis
Afghanistan perlu memecahkan persepsi negatif terhadap negaranya dan meraih semula penghormatan komuniti antarabangsa untuk membangun.
Genosid di Gaza hancurkan 'kredibiliti' pertubuhan dunia - Afghanistan
Afghanistan mengutuk sekeras-kerasnya rejim Israel itu kerana meneruskan pengeboman yang membunuh ratusan rakyat Palestin sejak jeda kemanusiaan tamat pada Jumaat.
Gempa bumi landa barat laut Afghanistan, 100 cedera
Sekurang-kurangnya 100 orang cedera selepas satu lagi gempa bumi kuat berukuran 6.3 pada skala Richter menggegarkan barat laut Afghanistan pada Ahad.
80 cedera dalam gempa bumi kuat di Afghanistan
Menurut penduduk tempatan, kebanyakan mangsa yang cedera telah dibawa ke hospital.
Angka kematian gempa bumi Afghanistan meningkat lebih 2,000 orang
Lebih 2,000 orang maut selepas beberapa gempa bumi kuat menggegarkan barat Afghanistan pada Sabtu.
Gempa 5.6 magnitud landa barat laut Afghanistan
Menurut Pusat Penyelidikan Geosains Jerman (GFZ), bacaan gempa yang dikesan di kedalaman 10 km itu diturunkan daripada catatan awal 6.2 magnitud.
Kedutaan Afghanistan di New Delhi ditutup
Misi yang terletak di kawasan diplomatik Chanakyapuri itu bakal menamatkan operasi mulai 1 Oktober.