INTERNATIONAL
Afrika catat lebih 2,400 kematian akibat wabak kolera pada 2025

Punca utama penularan kolera ialah kekurangan air bersih dan sistem kesihatan yang lemah. - Gambar fail/ Reuters
ADDIS ABABA: Benua Afrika mencatatkan lebih 2,400 kematian akibat wabak kolera yang sedang melanda pelbagai negara di rantau itu sepanjang 2025, menurut Pusat Kawalan dan Pencegahan Penyakit Afrika (Africa CDC).
Ringkasan AI
- Sepanjang tahun 2025, Afrika mencatatkan lebih 115,000 kes kolera dan 2,424 kematian, dengan Sudan Selatan, Angola, DRC dan Sudan menjadi negara paling terjejas.
- Empat negara tersebut menyumbang 84% daripada keseluruhan kes dan 92% kematian, dengan Sudan Selatan mencatat jumlah korban tertinggi iaitu 848 kematian.
- Punca utama penularan kolera ialah kekurangan air bersih dan sistem kesihatan yang lemah, dan Africa CDC menyeru tindakan bersepadu di peringkat serantau untuk mengawal wabak ini.
Boum memaklumkan bahawa keempat-empat negara tersebut kini berdepan wabak kolera yang "teruk", dan menyumbang 84 peratus daripada keseluruhan kes serta 92 peratus kematian akibat kolera di Afrika bagi 2025.
Sudan Selatan mencatat jumlah korban tertinggi dengan 848 kematian, diikuti Angola (609 kematian) dan DRC (513 kematian).
Menurut Africa CDC, kekurangan air bersih dan selamat merupakan punca utama kepada penularan berulang wabak kolera di Afrika, yang diburukkan lagi oleh sistem kesihatan yang terjejas akibat pelbagai wabak penyakit serta kecemasan kesihatan awam di seluruh benua itu.
Boum turut menekankan keperluan segera untuk tindakan bersepadu di peringkat serantau dan benua bagi mengawal penularan wabak kolera di Afrika.
-- BERNAMA
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami