awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
Diaspora India berperanan dalam pembangunan Malaysia - PM Modi
Ultras Selangor dilarang masuk stadium bagi tiga perlawanan
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

PM Wong zahir penghargaan ke atas penyertaan TUDM di Pertujukan Udara Singapura 2026

Bernama
Bernama
07/02/2026
14:22 MYT
PM Wong zahir penghargaan ke atas penyertaan TUDM di Pertujukan Udara Singapura 2026
Dalam pertunjukan itu, PM Wong sempat bertemu dengan juruterbang serta pasukan dari pelbagai negara termasuk Malaysia Australia, China, India dan Amerika Syarikat. - Bernama
SINGAPURA: Perdana Menteri Singapura Lawrence Wong pada Sabtu menzahirkan penghargaan atas penyertaan angkatan tentera udara serantau, termasuk Tentera Udara Diraja Malaysia (TUDM), pada Pertunjukan Udara Singapura 2026 yang berlangsung dari 3 hingga 8 Feb ini.
Menerusi hantaran di laman Facebook, Wong berkata beliau melawat pertunjukan udara dwitahunan itu pada pagi Sabtu dan bertemu dengan juruterbang serta pasukan dari pelbagai negara termasuk Australia, China, India, Indonesia, Malaysia dan Amerika Syarikat.
Beliau turut meluangkan masa beramah mesra dengan anggota lelaki dan wanita daripada Angkatan Tentera Udara Republik Singapura.
"Melawat Pertunjukan Udara Singapura pagi ini dan amat menyentuh hati melihat kehadiran begitu ramai keluarga di sana.
"Pertukaran seumpama ini membantu membina pemahaman profesional dan menggalakkan dialog membina merentasi sempadan.
"Saya berharap acara seperti ini akan terus memberi inspirasi kepada golongan muda kita, memperkukuh perkongsian dengan rakan-rakan di seluruh dunia, dan memperdalam peranan Singapura sebagai hab penerbangan global yang dipercayai," tulis Wong.
Bertempat di Pusat Pameran Changi, Pertunjukan Udara Singapura 2026 dibuka kepada orang awam pada Sabtu dan akan berlangsung sehingga Ahad, selepas berjaya menarik kira-kira 65,000 pelawat perdagangan sepanjang empat hari pertama.
TUDM turut mengambil bahagian dalam persembahan aerobatik pada pertunjukan udara itu dengan menampilkan pesawat SU-30MKM daripada Skuadron No. 12 yang juga dikenali sebagai "Toruk Makto".
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#Lawrence Wong
#PM Singapura
#TUDM
#penghargaan
#pertunjukan udara singapura
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan