awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Tanah runtuh: Tapak kedai makan popular di Jalan Simpang Pulai–Cameron Highlands ditutup sebulan
Sambutan Krismas meriah dengan upacara keagamaan, aktiviti bersama keluarga
Krisis politik Perlis: Speaker sahkan berlaku kekosongan luar jangka tiga DUN
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Afrika Selatan kemuka bukti lebih 750 halaman dalam kes genosid terhadap Israel

Astro Awani
Astro Awani
29/10/2024
10:40 MYT
Afrika Selatan kemuka bukti lebih 750 halaman dalam kes genosid terhadap Israel
Afrika Selatan telah mengemukakan bukti dalam kes genosidnya terhadap Israel di Mahkamah Keadilan Antarabangsa (ICJ), menurut kenyataan Pejabat Presiden Afrika Selatan pada Isnin. -Gambar fail/Reuters
JOHANNESBURG: Afrika Selatan telah mengemukakan bukti dalam kes genosidnya terhadap Israel di Mahkamah Keadilan Antarabangsa (ICJ), menurut kenyataan Pejabat Presiden Afrika Selatan pada Isnin.

Ringkasan AI
  • Afrika Selatan telah mengemukakan lebih daripada 750 halaman bukti yang menunjukkan bagaimana Israel melanggar Konvensyen Genosid 1948 dengan mempromosikan pembantaian rakyat Palestin di Gaza, membunuh mereka dengan pelbagai senjata pemusnah, dan menghalang bantuan kemanusiaan.
  • Kes ini dibawa ke ICJ pada Disember 2023, dengan Afrika Selatan menuduh Israel melanggar Konvensyen Genosid 1948 semasa serangan di Gaza sejak 7 Oktober. Israel diberi tempoh hingga Julai 2025 untuk mengemukakan respons terhadap tuduhan tersebut.
  • Israel menolak dakwaan ini, menyatakan bahawa ia adalah eksploitasi tidak wajar terhadap Konvensyen Genosid dan berhujah bahawa ia terlibat dalam konflik bersenjata yang sukar dan tragis.

Dokumen tersebut, yang tidak akan didedahkan kepada umum, mengandungi lebih daripada 750 halaman bukti yang disokong lebih 4,000 halaman ekshibit serta lampiran, lapor CNN.
Bukti yang dikemukakan menunjukkan bagaimana Israel telah melanggar Konvensyen Genosid 1948 dengan mempromosikan pembantaian rakyat Palestin yang tinggal di Gaza, membunuh mereka dengan pelbagai senjata pemusnah, dan menghalang mereka daripada mendapatkan bantuan kemanusiaan.
Ia antara lain menunjukkan niat Israel untuk melakukan genosid, kegagalan Israel untuk mencegah hasutan kepada genosid, dan kegagalan untuk menghukum mereka yang menghasut dan melakukan tindakan genosid.
Afrika Selatan membawa kes ini ke ICJ pada Disember 2023, menuduh Israel melanggar Konvensyen Genosid 1948 semasa serangan di Gaza sejak 7 Oktober, dan telah meminta mahkamah untuk memerintahkan Israel menghentikan perang tersebut.
Israel diberi tempoh hingga Julai 2025 untuk mengemukakan respons terhadap tuduhan tersebut.
Dalam reaksi balas pada Mei, Israel dengan tegas menolak dakwaan Afrika Selatan dan menyatakan bahawa ia adalah eksploitasi tidak wajar terhadap Konvensyen Genosid.
Israel berhujah bahawa ia terlibat dalam konflik bersenjata yang sukar dan tragis, dan adalah penting untuk memahami situasi dihadapinya.
Dapatkan berita terkini di sini
Topic Berkaitan
#Afrika Selatan
#Israel
#ICJ
#Gaza
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan