awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Diaspora India berperanan dalam pembangunan Malaysia - PM Modi
Ultras Selangor dilarang masuk stadium bagi tiga perlawanan
Iran tidak akan runding program misil - Araghchi
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Agensi pelancongan China sambung semula perkhidmatan lawatan berkumpulan

Bernama
Bernama
20/01/2023
21:20 MYT
Agensi pelancongan China sambung semula perkhidmatan lawatan berkumpulan
Agensi pelancongan China bakal menyambung semula perkhidmatan lawatan berkumpulan ke 20 negara termasuk Rusia bermula 6 Februari, menurut kenyataan Kementerian Kebudayaan dan Pelancongan China pada Jumaat. - Gambar fail
BEIJING: Agensi pelancongan China bakal menyambung semula perkhidmatan lawatan berkumpulan ke 20 negara termasuk Rusia bermula 6 Februari, menurut kenyataan Kementerian Kebudayaan dan Pelancongan China pada Jumaat.
"Mulai 6 Februari 2023, agensi pelancongan dan syarikat pelancongan dalam talian di seluruh negara akan menyambung semula lawatan kumpulan dan perkhidmatan 'tiket penerbangan + hotel' untuk warga China...," menurut kenyataan itu, lapor Sputnik.
Antara negara yang tersenarai ialah Thailand, Indonesia, Kemboja, Maldives, Sri Lanka, Filipina, Malaysia, Singapura, Laos, Emiriah Arab Bersatu, Mesir, Kenya, Afrika Selatan, Rusia, Switzerland, Hungary, New Zealand, Fiji, Cuba dan Argentina.
Pada Disember, kerajaan China mula melonggarkan secara berperingkat dasar "toleransi sifar" terhadap pandemik. Pada 8 Januari, ujian saringan PCR dan pengasingan berpusat untuk mereka yang tiba di China telah dibatalkan.
Menurut pihak berkuasa negara itu mereka juga berhasrat untuk menyambung semula penyediaan perkhidmatan bagi pengeluaran visa biasa, permit masuk dan tinggal sementara dan permit masuk dan tinggal bagi warga asing termasuk pelaksanaan langkah transit tanpa visa dalam tempoh 24, 72 dan 144 jam serta pengeluaran permit masuk sementara.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#agensi pelancongan China
#lawatan berkumpulan
#Rusia
#Kementerian Kebudayaan dan Pelancongan
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan