awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
Sejumlah kenderaan terjejas selepas isi minyak, Petronas Dagangan hubungi pelanggan terlibat
'Amanah boleh berganti, terima kasih Perlis' - Mohd Shukri
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Ahli arkeologi temui mumia bersalut emas

Astro Awani
Astro Awani
27/01/2023
00:00 MYT
Ahli arkeologi temui mumia bersalut emas
Penemuan pada Khamis itu menyusul sehari selepas pakar di bandar Luxor menemui sebuah bandar kediaman lengkap di era Rom, sejak abad kedua dan ketiga. - Foto Twitter/De Archeoloog
GIZA: Ahli arkeologi menemui satu mumia yang disaluti daun emas dalam sebuah keranda batu yang tidak pernah dibuka selama 4,300 tahun.
Mumia yang merupakan mayat seorang lelaki bernama Hekashepes dianggap sebagai salah satu mayat bukan raja yang tertua dan paling lengkap pernah ditemui di Mesir.
Ia ditemui di bawah 15 meter di tapak perkuburan di selatan Kaherah, Saqqara dengan tiga kubur lain turut ditemui.
Salah satunya dikatakan milik seorang lelaki bernama Khnumdjedef yang merupakan seorang imam, inspektor dan penyelia bangsawan.
Manakala seorang lagi milik lelaki bernama Meri yang juga merupakan pegawai kanan istana dengan diberi gelaran Penyimpan Rahsia.
Satu lagi mumia dilaporkan bernama Fetek dipercayai dikebumi di kubur lain dengan koleksi patung yang dianggap terbesar pernah ditemui di kawasan itu.
Beberapa barangan lain termausk tembikar juga ditemui di kawasan sama.
Saqqara adalah tanah perkuburan dengan usia dijangka melebihi 3,000 tahun dan merupakan tapak warisan dunia UNESCO.
Ia terletak di ibu kota mesir purba, Memphis dan menempatkan lebih daripada belasan piramid termasuk Piramid Step.
Penemuan pada Khamis itu menyusul sehari selepas pakar di bandar Luxor menemui sebuah bandar kediaman lengkap di era Rom, sejak abad kedua dan ketiga.
Mesir mendedahkan banyak penemuan arkeologi utama dalam beberapa tahun kebelakangan ini sebagai sebahagian daripada usaha untuk memulihkan industri pelancongannya.
Topic Berkaitan
#mumia
#keranda batu
#daun emas
#Hekashepes
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan