WELLINGTON: Ahli Parlimen New Zealand, Golriz Ghahraman meletak jawatan hari ini atas dakwaan mencuri di kedai dan butik pakaian.
Ghahraman daripada Green Party kini sedang disiasat oleh polis atas tiga dakwaan terbabit.
Beliau yang juga jurucakap parti itu mengaku gagal mencapai standard diharapkan daripada ahli politik dan memerlukan masa untuk mengatasi tekanan dan kesihatan mentalnya.
"Tekanan berkaitan dengan kerja mendorong saya untuk bertindak di luar kawalan. Saya tidak cuba untuk memaafkan tindakan saya, tetapi saya mahu menjelaskannya," katanya dalam satu kenyataan.
Ghahraman, 42, kelahiran Iran, berpindah ke New Zealand semasa kecil bersama keluarganya apabila mereka diberikan suaka politik sebagai pelarian.
Selepas belajar undang-undang, Ghahraman menjadi peguam hak asasi manusia Pertubuhan Bangsa Bersatu (PBB), bekerja di tribunal jenayah antarabangsa sebelum memasuki Parlimen pada 2017. - Agensi/Sinar Harian
Sinar Harian
Tue Jan 16 2024
Ghahraman berpindah ke New Zealand semasa kecil bersama keluarganya apabila mereka diberikan suaka politik sebagai pelarian. - Foto Agensi/Sinar Harian
Pesawah dituduh buat kenyataan menghasut di WhatsApp
Seorang pesawah mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen di sini terhadap tuduhan membuat kenyataan menghasut di menerusi aplikasi WhatsApp pada Selasa.
9 tentera terbunuh nahas helikopter di Colombia
Helikopter itu terputus hubungan dengan pangkalan pada tengah hari dan kemudian didapati terhempas berhampiran daerah Santa Rosa.
Venue Piala Thomas, Uber di Chengdu dilanda 'demam' panda
Yang paling mencuri perhatian ialah magnet peti sejuk yang menampilkan Yu Rong Rong bermain badminton.
Houthi Yaman serang dua kapal pemusnah AS
Houthi berjaya menyasarkan serangan terhadap dua kapal pemusnah AS dan kapal CYCLADES di Laut Merah serta MSC Orion di Lautan Hindi pada awal Selasa.
Ringgit rendah berbanding dolar AS pada awal dagangan
Pada 9 pagi, ringgit merosot kepada 4.7665/7710 berbanding mata wang Amerika Syarikat (AS) daripada 4.7650/7700 semalam.
Bakal jemaah haji OKU syukur dipilih jadi tetamu Allah
Abdul Samad MM Abdul Aziz, 53, yang merupakan Orang Kurang Upaya (OKU) Penglihatan bersyukur dan teruja apabila dipilih seorang daripada 31,600 jemaah haji dari Malaysia tahun ini.
Pendakwa raya ICC temu bual kakitangan hospital di Gaza
Pendakwa raya dari Mahkamah Jenayah Antarabangsa (ICC) telah menemu bual kakitangan dari dua hospital terbesar di Gaza.
Israel bimbang ICC keluar waran tangkap berkait perang Gaza
Israel menyuarakan kebimbangan bahawa Mahkamah Jenayah Antarabangsa (ICC) bersiap sedia untuk mengeluarkan waran tangkap bagi pegawainya atas tuduhan berkaitan dengan pengendalian perang terhadap Hamas.
Liputan Haji: Bakal fokus kepada cabaran dan kebajikan jemaah wanita
Bagi petugas media mewakili Astro AWANI, untuk tahun ini, musim 1445 hijrah, yang terpilih ialah Editor dan Penerbit Astro AWANI, Dr Azlinariah Abdullah dan Azlinda Salim bersama 12 yang lain daripada agensi media.
Che'gubard mengaku tidak bersalah pertuduhan Akta Hasutan 1948
Dia didakwa membuat penerbitan menghasut di akaun Facebook atas nama Che'GuBard di Mutiara Villa, Bukit Bintang, Kuala Lumpur pada jam 6.30 petang 26 April lalu.
Ahli Parlimen New Zealand letak jawatan, didakwa mencuri di butik
Ghahraman daripada Green Party kini sedang disiasat oleh polis atas tiga dakwaan terbabit.