awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Kes hasutan Muhyiddin dikembalikan ke Mahkamah Tinggi
Musk ikrar bina bandar di bulan, Marikh
Cadangan penyediaan perkhidmatan transit aliran automatik di Putrajaya tidak diteruskan
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Ahli Parlimen AS setuju elak penutupan kerajaan sebelum tarikh akhir

Bernama
Bernama
29/02/2024
05:52 MYT
Ahli Parlimen AS setuju elak penutupan kerajaan sebelum tarikh akhir
Parti Demokrat dan Republikan telah bersetuju untuk membiayai sektor kerajaan tertentu dan telah memutuskan untuk melanjutkan tarikh akhir penutupan sedia ada kepada 8 Mac dan 22 Mac. -Gambar fail/Reuters
WASHINGTON: Pemimpin Kongres AS telah mencapai persetujuan untuk menghalang penutupan sebahagian kerajaan persekutuan yang dijadualkan pada tengah malam Jumaat ini, kata Ahli Parlimen pada Rabu.
Parti Demokrat dan Republikan telah bersetuju untuk membiayai sektor kerajaan tertentu dan telah memutuskan untuk melanjutkan tarikh akhir penutupan sedia ada kepada 8 Mac dan 22 Mac.
Ini akan memberi Kongres lebih banyak masa untuk mengusahakan rang undang-undang perbelanjaan tahunan, lapor Xinhua.
"Kami bersetuju bahawa Kongres perlu bekerja secara dwipartisan untuk membiayai kerajaan kami," kata Speaker Dewan Perwakilan Mike Johnson dan Ketua Majoriti Senat Chuck Schumer dalam satu kenyataan bersama.
Menurut kenyataan itu, selepas teks akhir tersedia Kongres akan mengundi dan meluluskan satu pakej enam rang undang-undang perbelanjaan tahunan yang membiayai pelbagai jabatan, termasuk pertanian, perdagangan, tenaga, dalam negeri, kehakiman, pengangkutan dan hal ehwal veteran sebelum 8 Mac.
Baki enam rang undang-undang perbelanjaan, termasuk pertahanan, perkhidmatan kewangan dan kerajaan am, keselamatan dalam negeri, kesihatan buruh dan perkhidmatan manusia, cawangan perundangan serta operasi negeri dan luar negeri, akan dimuktamadkan, diundi dan diluluskan sebelum 22 Mac.
Pengumuman itu dibuat sehari selepas Johnson berkata bahawa beliau "sangat optimis" Kongres akan mengelakkan penutupan kerajaan menjelang tarikh akhir Jumaat ini, selepas bertemu dengan Presiden Joe Biden dan pemimpin utama Kongres di Rumah Putih.
Walaupun terdapat perjanjian, pemimpin Kongres masih perlu mendapatkan persetujuan perjanjian itu dari Kongres.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#AS
#kerajaan Persekutuan
#penutupan kerajaan
#Pemimpin Kongres AS
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan