awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Dewan hotel tiba-tiba terbakar, majlis makan malam bertukar tragedi
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
Tiga ADUN Pas Perlis terhenti keahlian serta-merta - Abdul Hadi
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Air India didenda biar lelaki mabuk kencing dalam kabin pesawat

Sinar Harian
Sinar Harian
22/01/2023
01:15 MYT
Air India didenda biar lelaki mabuk kencing dalam kabin pesawat
Seorang juruterbang Syarikat Air India didenda kerana gagal menghalang lelaki mabuk kencing dalam kabin pesawat. - Foto AP
NEW DELHI: Direktorat Jeneral Penerbangan Awam (DGCA) India mengenakan denda sebanyak AS$37,000 (RM158,000) terhadap syarikat penerbangan Air India selepas gagal menghalang tindakan seorang lelaki mabuk yang sengaja kencing merata-rata dalam kabin pesawat sehingga terkena penumpang wanita.
Menurut pengawal selia penerbangan itu, Air India didenda kerana melanggar peraturan dan DGCA menggantung lesen juruterbang selama tiga bulan kerana gagal mengekang insiden tersebut.
Semasa kejadian, Shankar Mishra menyelinap masuk ke kelas perniagaan dan membuang air kecil merata-rata sehingga terkena penumpang wanita.
Difahamkan semasa kejadian berlaku, kru didapati tidak mengambil sebarang tindakan walaupun mangsa mengadu telah terkena air kencing lelaki tersebut.
Kejadian terbongkar selepas seorang wanita mengadu kepada Pengerusi Kumpulan Tata, Natarajan Chandrasekaran dan tindakan segera diambil sehingga suspek berjaya ditahan di bandar Bengaluru pada 7 Januari lalu.
Pada masa sama, pengarah perkhidmatan dalam syarikat tersebut turut didenda sebanyak AS$3,700 (RM15,800) berhubung insiden sama. -Sinar Harian/Agensi
Topic Berkaitan
#Air India
#kencing
#mabuk
#kabin pesawat
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan