awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Sejumlah kenderaan terjejas selepas isi minyak, Petronas Dagangan hubungi pelanggan terlibat
'Amanah boleh berganti, terima kasih Perlis' - Mohd Shukri
Arab Saudi catat lebih 11.9 juta jemaah umrah pada bulan Jumada al-Akhirah
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Air surut, pembersihan rumah terjejas banjir di selatan Thailand bermula

Bernama
Bernama
31/12/2023
12:21 MYT
Air surut, pembersihan rumah terjejas banjir di selatan Thailand bermula
Penduduk membersihkan kesan lumpur di rumah mereka hari ini selepas banjir surut di Kampung Kumung, Chanae di Narathiwat, Selatan Thailand. - Bernama
NARATHIWAT: Sayu dan luluh hati Chekkayah Cheknek apabila melangkah masuk ke dalam rumahnya yang dilanda banjir.
Dinding kediamannya kini diliputi lapisan lumpur, sisa sampah berserak di lantai dan perabot rosak selepas rumahnya dinaiki air selama beberapa hari.
Suri rumah berusia 45 tahun itu meninggalkan rumahnya di Kampung Kumung pada awal pagi 24 Dis selepas peningkatan paras air secara mendadak.
Beliau bersama-sama penduduk kampung yang lain kemudiannya selamat dipindahkan ke sebuah sekolah berhampiran.
"Kami berada di sekolah selama tiga hari. Kami bergantung sepenuhnya kepada air hujan.
"Walaupun air banjir surut pada Selasa, saya tidak dapat pulang ke rumah kerana jalan menuju ke rumah saya masih ditenggelami air.
"Selepas pulang ke rumah pada Sabtu, saya agak tertekan apabila mendapati rumah saya dipenuhi sisa dan lumpur, perabot rosak teruk. Sekarang, membersihkan rumah saya bukan tugas yang mudah, tugas itu lebih sukar disebabkan oleh lumpur tebal," katanya kepada Perkhidmatan Berita Antarabangsa Bernama.
Hujan lebat mengakibatkan banjir di lima wilayah selatan - Narathiwat, Pattani, Yala, Songkhla dan Satun sejak 22 Dis.
Apabila situasi banjir bertambah baik dan air banjir terus surut, wilayah yang terjejas kini berkurangan kepada tiga wilayah: Narathiwat, Yala, dan Pattani.
Bilangan isi rumah yang terjejas akibat banjir juga berkurangan kepada 12,469 berbanding 18,783 pada Sabtu.
Ketua Pengarah Jabatan Pencegahan dan Tebatan Bencana (DDPM) Chaiwat Junthirapong berkata sebanyak 10 daerah di tiga wilayah - Pattani, Narathiwat dan Yala - masih ditenggelami air.
Di Pattani, beliau berkata terdapat 10,710 isi rumah di empat daerah terjejas akibat banjir, Narathiwat (1,653 isi rumah di empat daerah) dan Yala (106 isi rumah di dua daerah).
"Bagaimanapun, air banjir telah surut di semua kawasan," menurutnya dalam satu kenyataan.
-- BERNAMA
Dapatkan info, ramalan cuaca dan berita terkini di sini
Topic Berkaitan
#banjir thailand
#selatan thailand
#Narathiwat
#rumah mangsa
#mangsa banjir
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan