Skip to main content
Advertisement

Dunia

Airbus rancang beli balik sehingga 2.12 juta saham

71687233245_airbus.jpg
Advertisement
AMSTERDAM: Syarikat aeronautik dan angkasa lepas Eropah, Airbus, mengumumkan "tranche" kedua program pembelian balik sahamnya.

Airbus pada Isnin berkata ia merancang untuk membeli balik sehingga 2.12 juta saham antara 25 November dan 24 Januari sebagai sebahagian daripada rancangan keseluruhan untuk membeli balik sehingga 4.25 juta saham, lapor agensi berita Jerman dpa.

Program pembelian balik saham ini bertujuan untuk menyokong program pemilikan saham pekerja masa depan serta pelan pampasan berasaskan saham.

Airbus telah melantik sebuah firma pelaburan untuk menguruskan "tranche" kedua program ini, yang akan melibatkan pembelian sehingga 2,127,000 saham.

"Tranche" pertama program ini melibatkan sehingga 2.12 juta saham dan telah selesai pada 4 Oktober. Pembelian balik keseluruhan sebanyak 4.25 juta saham dijangka selesai menjelang 31 Mac.

Pada Jumaat, dagangan biasa Airbus ditutup pada harga AS$146.72.

-- BERNAMA





Must Watch Video

Advertisement