awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Kim Jong Un pantau ujian peluru berpandu altitud tinggi
Pemimpin pembangkang Bangladesh, Tarique Rahman kembali ke tanah air selepas 17 tahun dalam buangan
Parlimen Algeria isytihar penjajahan Perancis sebagai jenayah, tuntut permohonan maaf dan pampasan
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

AS akan berhenti jadi orang tengah rundingan damai Rusia-Ukraine jika tiada kemajuan segera

Bernama
Bernama
18/04/2025
15:45 MYT
AS akan berhenti jadi orang tengah rundingan damai Rusia-Ukraine jika tiada kemajuan segera
AS akan menghentikan usaha menjadi orang tengah dalam rundingan damai antara Rusia dan Ukraine melainkan ia mendapati perkara itu boleh dilakukan dalam beberapa hari, kata Setiausaha Negara AS, Marco Rubio. - Gambar fail/AP
PARIS: Amerika Syarikat (AS) akan menghentikan usaha menjadi orang tengah dalam rundingan damai antara Rusia dan Ukraine melainkan ia mendapati perkara itu boleh dilakukan dalam beberapa hari, kata Setiausaha Negara AS, Marco Rubio pada Jumaat, lapor Xinhua.
"Kami tidak akan teruskan usaha ini berlarutan selama berminggu atau berbulan. Jadi, kami perlu tentukan dengan segera - saya maksudkan dalam beberapa hari - sama ada perkara ini boleh direalisasikan dalam beberapa minggu akan datang. Jika ya, kami akan terus terlibat. Jika tidak, kami akan beri tumpuan kepada keutamaan lain," kata Rubio selepas mesyuarat tiga pihak mengenai Ukraine yang dianjurkan oleh Perancis.
Ini merupakan kali pertama Amerika Syarikat, Ukraine dan Eropah duduk di meja rundingan yang sama sejak Presiden AS Donald Trump mula memegang jawatan pada Januari lepas. Trump sedang berusaha merundingkan perjanjian damai segera antara Rusia dan Ukraine, namun setakat ini tiada kemajuan besar dicapai.
Pada 18 Mac, Trump mencadangkan agar kedua-dua pihak menghentikan serangan ke atas infrastruktur tenaga selama 30 hari. Rusia dan Ukraine bersetuju dengan cadangan itu. Namun pada Jumaat, Rusia mendakwa pasukan Ukraine masih melancarkan serangan ke atas kemudahan tenaga di 15 kawasan dalam Rusia.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#Amerika Syarikat
#orang tengah
#rundingan damai Rusia Ukraine
#Marco Rubio
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan