awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Marcell, isteri rakam semula lagu Freedom, Mulanya Di Sini
Waktu operasi Bazar Aidilfitri Senawang dilanjut sehingga 2 pagi - MBS
PM UK, Keir Starmer adakan pertemuan dengan Presiden Xi Jinping di Beijing
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

JPJ Pulau Pinang sita 73 kereta mewah bernilai lebih RM10 juta dalam Op Luxury

Bernama
Bernama
29/01/2026
02:10 MYT
JPJ Pulau Pinang sita 73 kereta mewah bernilai lebih RM10 juta dalam Op Luxury
Zulkifly berkata daripada jumlah sitaan itu, kereta jenis BMW mencatatkan jumlah tertinggi iaitu sebanyak 23 buah. - Foto BERNAMA
BUTTERWORTH: Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) Pulau Pinang menyita sebanyak 73 kenderaan mewah bernilai lebih RM10 juta menerusi Op Luxury yang dijalankan sepanjang tahun lepas kerana tidak memiliki cukai jalan (LKM) dan insurans yang sah.
Pengarah JPJ negeri Zulkifly Ismail berkata daripada jumlah sitaan itu, kereta jenis BMW mencatatkan jumlah tertinggi iaitu sebanyak 23 buah, selain beberapa jenama mewah lain termasuk Porsche Taycan, Rolls-Royce, Mini Cooper Dan Lotus Eletre S.
Menurut beliau tindakan pemilik kenderaan berkenaan telah menyebabkan kerugian hasil kerajaan sebanyak RM146,204, dengan kenderaan jenis Rolls-Royce mencatatkan kadar cukai jalan tahunan tertinggi iaitu RM54,000, namun gagal dibayar.
"Sepanjang tahun lepas, pelbagai jenama kenderaan mewah disita termasuk ada yang dimiliki golongan kenamaan, ahli perniagaan dan individu bergelar Datuk. Malah, terdapat pemilik yang gagal memperbaharui cukai jalan dan insurans antara dua hingga lima tahun.
"Pelbagai alasan diberikan dan antara yang paling kerap ialah terlupa serta perniagaan merosot sehingga menghadapi masalah pendapatan," katanya pada sidang media selepas Ops Bersepadu Gempur Kenderaan Perdagangan di Plaza Tol Sungai Dua arah selatan, lewat malam tadi.
Operasi yang dijalankan dari 8 malam hingga 12 tengah malam itu melibatkan 120 anggota daripada pelbagai agensi termasuk Jabatan Alam Sekitar, Polis Diraja Malaysia, Agensi Antidadah Kebangsaan dan Kementerian Pelancongan, Seni dan Budaya.
Sementara itu, Zulkifly berkata sebanyak 153,000 kenderaan pelbagai kategori diperiksa sepanjang tahun lepas, dengan 58,147 kenderaan diambil tindakan melibatkan 121,526 kesalahan.
Menurutnya, kesalahan tertinggi masih membabitkan pemandu tidak memiliki lesen memandu, diikuti kenderaan tanpa cukai jalan yang sah serta tiada perlindungan insurans.
"Bagi kenderaan pengangkutan awam, JPJ mengesan 230 kes bas ekspres dan bas persiaran beroperasi tanpa pemandu kedua, yang merupakan satu pelanggaran serius dan boleh menjejaskan keselamatan penumpang.
"Alasan pengusaha bas ialah mahu menjimatkan kos dengan hanya menggunakan seorang pemandu, sedangkan peraturan menetapkan perjalanan jarak jauh melebihi 300 kilometer mesti mempunyai pemandu kedua. Malah, terdapat pemandu bas yang tidak memiliki Lesen Memandu Vokasional (PSV)," katanya.
Selain itu, beliau berkata 313 kes penumpang bas dikesan tidak memakai tali pinggang keledar walaupun peraturan itu telah lama dikuatkuasakan, dengan alasan lapuk yang sering diberikan ialah terlupa memakainya.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#JPJ
#op luxury
#Zulkifly Ismail
#BMW
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan