DUNIA
Akhirnya... Harry, Meghan dan Archie bersatu di Kanada

Putera Harry dan Meghan Markle akhirnya bersatu setelah berjauhan selama dua minggu dan membina keluarga kecil mereka di Kanada.
Setelah berjauhan selama dua minggu, Duke of Sussex Putera Harry dan isterinya, Meghan Markle akhirnya bersatu semula.
Putera Harry, 35, selamat tiba di Kanada pada pukul 9.47 malam waktu tempatan selepas membuat keputusan menarik diri daripada tugas-tugas diraja.
Jelas terpancar kegembiraan di wajah Putera Harry ketika turun dan berjalan keluar daripada penerbangan The British Airways malam Isnin.
Walaupun memikul beg galas di bahu, imej beliau tersenyum lebar berjaya dirakam oleh beberapa jurugambar media antarabangsa.

Putera Harry tersenyum lebar ketika tiba di Lapangan Terbang Antarabangsa Vancouver, Kanada.
Memetik laporan The Sun, lima pengawal keselamatan menunggu Putera Harry sebelum membawanya berjumpa Meghan dengan menaiki pacuan empat roda.
Difahamkan pasangan tersebut tinggal di sebuah rumah agam bernilai £11 juta (RM58.30 juta) yang terletak 10 minit perjalanan dari Lapangan Terbang Antarabangsa Vancouver, Kanada.
Sebelum ini, pasangan itu membuat keputusan mengejutkan apabila memaklumkan mereka sekeluarga akan menetap di Amerika Utara dan menjana pendapatan serta mengeluarkan perbelanjaan sendiri termasuk membiayai kos keselamatan mereka.
Mereka juga tidak lagi mendapat gelaran diraja His Royal Highness dan Her Royal Highness (Yang Mulia) selepas kedua-duanya membuat keputusan menarik diri daripada tugas-tugas diraja.
Mereka berkata keputusan itu diharap dapat sedikit sebanyak mendorong mereka ke arah kehidupan yang lebih aman.
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami