Industri pembuatan permaidani Afghanistan semakin tenat malah telah merudum sehingga separuh dalam rekod jualannya pada tahun lalu.
Semua itu terjadi lantaran meningkatnya kesan peperangan dengan militan Taliban selain negara jiran, Pakistan, yang menutup sempadan.
Jika sebelum ini seni menghasilkan permaidani yang penuh nilai warisan sejarah itu disanjung, industri itu kini teruk terkesan, sedangkan ia adalah antara eksport utama dari bumi daif tersebut.
Peperangan, kemiskinan dan kelemahan sistem pengangkutan telah memusnahkan rangkaian jualan produk yang wujud sejak 2,500 tahun itu.
Legenda juga ada menyebut bahawa Alexander the Great juga pernah menghantar pulang permaidani dari Afghanistan sebagai hadiah untuk ibunya.
Di sebuah kilang di Kabul, golongan wanita masih gigih menganyam benang-benang manakala kaum lelakinya yang siap memakai topeng penutup hidung, sibuk menguraikan bulu biri-biri.
"Kami telah mengundang ramai pembeli, tapi mereka kata ‘tidak’. Semua bimbang isu keselamatan. Mereka takut terbunuh. Ini tragedi yang menyedihkan,” ujar pengurus kilang, Diljam Manan Qassimy.
Keganasan sering tercetus di Kabul, dengan serangan pada tahun lalu terjadi dalam pelbagai cara – letupan lori dan ambulans yang dipasang bom hinggalah kepada serbuan hotel.
Permaidani adalah produk keempat dalam senarai eksport Afghanistan. Pada tahun fiskal 2016-2017, eksport itu menjana AS$38 juta, menurut Organisasi Statistik Permaidani. Lebih daripada 85 peratus dihantar ke Pakistan.
Jumlah itu jatuh lebih separuh berbanding AS$89.5 juta pada tahun sebelumnya. Lapan tahun sebelum itu pula, eksport itu bernilai AS$150 juta.
Prospek jualan di dalam negara juga menyedihkan, dengan hanya segelintir rakyat Afghanistan yang mampu membayar harga antara AS$70 dan AS$250 bagi setiap meter persegi.
Tidak menentu
Kebergantungan kepada Pakistan dan pelabuhannya membuatkan penjual-penjual permaidani Afghanistan menjadi mangsa perubahan peraturan sempadan, lantaran ancaman serangan militan.
Tahun lalu, lintasan sempadan utama di Torkham ditutup selama 40 hari, keluh Qassimy.
Kilang Qassimy telah menemui jalan untuk menjual permaidani ke Australia, Jerman dan Britain iaitu dengan membuka kedai pameran di negara-negara itu. Namun begitu, kos pengangkutan udara adalah tiga kali ganda berbanding jika berurusan dengan Pakistan.
Seorang pembuat permaidani, Ali Reza, 35, menghasilkan produk tersebut dari kediamannya. Bagi setiap permaidani yang mengambil masa sebulan untuk disiapkan, dia berkongsi 8,000 Afghani (AS$116) dengan tiga lagi penganyam.
"Susah untuk menyara hidup berkeluarga dengan jumlah itu,” luahnya.
Di sebuah pasar terkenal di Kabul, penjual karpet bernama Ehsan sudah lama menyedari ketiadaan pembeli dari luar.
"Sepuluh tahun lalu, perniagaan berjalan baik. Lapan tahun lalu juga OK. Cuma pada dua tahun lalu, segalanya terhenti.
"Sebelum ini, setiap hari boleh terjual dua, tiga atau lima. Sekarang ini, hanya satu yang terjual setiap minggu.
“Tiada siapa nak datang. Semua orang risau tentang keselamatan,” keluhnya.
Dalam usaha mengidupkan semula industri permaidani Afghanistan, Menteri Perdagangannya merancang untuk mengurangkan kos pengangkutan udara ke India dan Dubai, menawarkan bantuan kewangan dan memantapkan pemasaran.
Satu inisiatif telah diumumkan pada Januari yang dijangka mempercepatkan prosedur kastam di lapangan terbang Kabul.
Memandangkan pembeli tidak sanggup menanggung risiko datang ke Afghanistan, usaha melonjakkan eksport sangat kritikal, kata Qassimy.
“Kami akan bawa permaidani kami ke sana, pasaran ini akan jadi terkenal.”
GALERI FOTO: Permaidani Afghanistan: Indah di mata, sengsara di jiwa
Agensi
Thu Apr 12 2018
Seorang pekerja berdiri di tengah-tengah kedai permaidani di Kabul yang sepi tanpa pelanggan. - Reuters
Warga emas rugi hampir RM1.6 juta, ditipu pelaburan tidak wujud
Seorang warga emas kerugian RM1,590,800 apabila menjadi mangsa penipuan pelaburan saham tidak wujud secara dalam talian.
Nyanyian karol meriahkan persiapan sambut Krismas
Di Tawau lazimnya acara ini awal disember setiap tahun dari jam 7 malam dan ada kalanya sehingga jam 1 pagi.
376 peserta terpilih sertai SY Startup 2024
Ekoran sambutan hangat ini Menteri Belia, Sukan dan Pembangunan Usahawan Datuk Seri Abdul Karim Rahman Hamzah mengesahkan program ini akan diteruskan pada tahun hadapan.
Kerajaan Sarawak berusaha tingkatkan pengeluaran beras
Menteri Pertanian dan Keterjaminan Makanan, Datuk Seri Mohamad Sabu berkata bekalan makanan di negara ini mencukupi.
Penyelaras Kemanusiaan PBB suarakan kebimbangan krisis kemanusiaan yang semakin memuncak di Gaza
Muhannad Hadi melahirkan kebimbangan terhadap keadaan keselamatan dan kemanusiaan yang semakin merosot di Semenanjung Gaza.
Loji Electrolyser Sejingkat kurangkan masa penghasilan hidrogen
Loji electrolyser pertama Sarawak di Sejingkat berjaya mengurangkan masa penghasilan satu kilogram hidrogen kepada 30 kilowatt perjam berbanding 40 kilowatt perjam sehingga Julai lalu.
Fadillah setuju dua jawatan tertinggi PBB tidak dipertandingkan
PBB dijadual mengadakan perhimpunan agungnya pada Februari 2025 dengan pertandingan dikatakan tertumpu kepada saingan jawatan Naib Yang DiPertua
PBB perlu bersedia seakarang hadapi PRN - Fadillah
Naib Presiden Kanan PBB Datuk Seri Fadillah Yusof mengingatkan anggota parti itu agar tidak selesa dengan kemenangan besar dan pujian yang diberi kepada kerajaan sebaliknya fokus agar tidak terlepas kuasa ke tangan pihak lain.
353 premis KEMAS rosak akibat banjir di lapan negeri
Sebanyak 353 premis Jabatan Kemajuan Masyarakat (KEMAS) rosak akibat banjir yang melanda lapan negeri sejak November lepas, membabitkan kerugian hampir RM6 juta.
Wanita suara garau cemas bilik hotel diserbu JAIS
Seorang wanita yang memiliki suara garau berdepan detik cemas apabila hotel bajet yang dihuni diserbu Jabatan Agama Islam Selangor (JAIS).
Kyrgyzstan keluarkan Taliban daripada senarai organisasi pengganas
Kyrgyzstan mengeluarkan Taliban daripada senarai organisasi yang diharamkan, menurut Kementerian Luar Kyrgyz pada Jumaat, lapor Xinhua.
Afghanistan siap sedia sambut Aidiladha meski berdepan cabaran ekonomi
Kadar pengangguran dan kemiskinan yang tinggi mengurangkan kuasa beli rakyat Afghanistan secara drastik, menyukarkan mereka untuk melaksanakan ibadah korban.
Tehran dakwa penjajahan asing sebagai punca utama masalah Afghanistan
Punca masalah dan cabaran Afghanistan ialah pendudukan negara itu sebelum ini dan kurangnya perhatian terhadap pembangunan ekonominya oleh bekas penjajah.
Pilihan raya Pakistan: Perkhidmatan rangkaian mudah alih digantung, sempadan ditutup
Pihak berkuasa Pakistan menggantung perkhidmatan mudah alih dan menutup sempadan dengan negara jiran Afghanistan dan Iran selepas insiden pengeboman.
150,000 wanita dan sektor kesihatan, hak tidak diabaikan - Menteri Kesihatan Awam Afghanistan
Seramai 150,000 wanita berkhidmat dalam sektor kesihatan Afghanistan ketika ini dengan pelbagai cabang kepakaran.
Afghanistan ketika ini 100 peratus aman - Menteri Kesihatan Awam Afghanistan
Situasi di Afghanistan jauh lebih baik berbanding 20 tahun lalu yang menyaksikan ratusan orang maut akibat peperangan.
Afghanistan perlu raih semula penghormatan untuk membangun - Penganalisis
Afghanistan perlu memecahkan persepsi negatif terhadap negaranya dan meraih semula penghormatan komuniti antarabangsa untuk membangun.
Genosid di Gaza hancurkan 'kredibiliti' pertubuhan dunia - Afghanistan
Afghanistan mengutuk sekeras-kerasnya rejim Israel itu kerana meneruskan pengeboman yang membunuh ratusan rakyat Palestin sejak jeda kemanusiaan tamat pada Jumaat.
Gempa bumi landa barat laut Afghanistan, 100 cedera
Sekurang-kurangnya 100 orang cedera selepas satu lagi gempa bumi kuat berukuran 6.3 pada skala Richter menggegarkan barat laut Afghanistan pada Ahad.
80 cedera dalam gempa bumi kuat di Afghanistan
Menurut penduduk tempatan, kebanyakan mangsa yang cedera telah dibawa ke hospital.