awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Laungan ‘Bebas Bosku’ bergema di Kompleks Mahkamah
Ringgit teruskan aliran mengukuh, cecah lagi paras tertinggi dalam lima tahun
Seorang rentung, lebih 30 rumah setinggan terbakar di Tatau
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Aktivis ditahan tuang cat merah di hadapan kedutaan AS di London

Astro Awani
Astro Awani
11/04/2025
00:15 MYT
Aktivis ditahan tuang cat merah di hadapan kedutaan AS di London
Mereka menuang pewarna mesra alam yang tidak beracun dari bekas bertulis "Hentikan Persenjataan Israel" ke dalam kolam berkenaan. - Foto AP
LONDON: Polis Metropolitan London menahan enam individu selepas aktivis alam sekitar Greenpeace bertindak menuang 300 liter pewarna merah darah ke dalam kolam di hadapan kedutaan Amerika Syarikat (AS).
Tindakan aktivis itu sebagai protes terhadap penjualan senjata kepada Israel.
Dalam kenyataan rasmi, pihak polis memaklumkan bahawa kesemua suspek ditahan atas dakwaan melakukan kerosakan harta benda dan berkomplot untuk menyebabkan kerosakan harta benda.
Bagaimanapun, polis menegaskan bahawa tiada sebarang pelanggaran atau cubaan untuk menceroboh kawasan keselamatan kedutaan, memandangkan kolam tersebut boleh diakses melalui laluan pejalan kaki awam.
Greenpeace UK dalam kenyataannya menjelaskan bahawa seramai 12 aktivis terlibat dalam tindakan tersebut.
Mereka menuang pewarna mesra alam yang tidak beracun dari bekas bertulis "Hentikan Persenjataan Israel" ke dalam kolam berkenaan.
Salah seorang yang ditahan adalah Pengarah Eksekutif bersama Greenpeace UK, Will McCallum.
Menurut kumpulan itu, protes tersebut bertujuan untuk menarik perhatian dunia terhadap kemusnahan dan kehilangan nyawa di Gaza yang dikatakan berpunca daripada penjualan senjata berterusan oleh AS kepada Israel.
Greenpeace turut mendedahkan bahawa bekas pewarna itu dibawa ke lokasi menggunakan basikal yang dilengkapi treler dan disamarkan sebagai basikal penghantaran.
Sementara itu, kedutaan AS dalam kenyataannya menyatakan bahawa tindakan tersebut telah menyebabkan kerosakan kepada bekalan air sebanyak 1.5 juta gelen di kawasan premis, sekali gus membazirkan sumber alam sekitar tempatan.
Dapatkan berita terkini di sini
Topic Berkaitan
#Greenpeace UK
#cat merah
#Kedutaan AS
#Israel
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan