awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Komitmen Kerajaan MADANI pastikan setiap pelaburan beri pulangan kepada rakyat - PM Anwar
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
KPDN Kedah kesan 1,071 kes, nilai kompaun lebih RM867,000
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Aktivis pro-Palestin di New York desak gencatan senjata

Astro Awani
Astro Awani
12/11/2024
01:40 MYT
Aktivis pro-Palestin di New York desak gencatan senjata
Menerusi video yang beredar di media sosial, kesemua mereka dilihat mengenakan 'keffiyeh' serta mengibarkan bendera Palestin. - Foto X/Lily
NEW YORK: Aktivis pro-Palestin berhimpun di hadapan Hotel Plaza di New York City pada Ahad malam, tempat Presiden Israel, Isaac Herzog menginap.
Menurut media antarabangsa, kesemua mereka melaungkan slogan pro-Palestin, sambil menuntut agar gencatan senjata dilaksanakan susulan peperangan yang berterusan di Gaza.
Menerusi video yang beredar di media sosial, kesemua mereka dilihat mengenakan 'keffiyeh' serta mengibarkan bendera Palestin.
Sebahagian daripada mereka turut melaungkan slogan seperti “Dari sungai ke laut, Palestin akan merdeka”.
Menurut akaun rasmi beliau di X, Herzog kini berada di Amerika Syarikat (AS) bagi menghadiri Perhimpunan Agung tahunan Persekutuan Yahudi Amerika Utara.
Usaha untuk mencapai gencatan senjata antara kedua-dua pihak yang bertelagah telah gagal setakat ini.
Untuk rekod, kempen tentera Israel telah mengakibatkan sebahagian besar Gaza hampir musnah sepenuhnya dan membunuh kira-kira 43,500 rakyat Palestin.
Topic Berkaitan
#aktivis
#gencatan senjata
#Isaac Herzog
#Hotel Plaza
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan