Seorang penuntut Bangladesh jurusan undang-undang yang memuat naik status yang mencabar Islam di akaun Facebooknya, telah dibunuh dengan tetakan parang seterusnya ditembak dari jarak dekat, ujar polis pada Khamis.
Insiden mengejutkan yang berlaku ke atas penuntut berusia 28 tahun itu adalah yang terbaru dalam siri pembunuhan golongan aktivis sekular dan penulis blog di negara itu, lapor AFP.
“Sekurang-kurangnya empat penyerang telah menetak kepala Nazimuddin Samad dengan parang pada malam Rabu. Apabila dia rebah, salah seorang daripada mereka telah menembaknya dari jarak dekat. Mangsa mati serta merta di tempat kejadian,” ujar Timbalan Pesuruhjaya Polis Metropolitan Dhaka, Syed Nurul Islam.
Portal berita DhakaTribune.com melaporkan, mangsa diserang di persimpangan Ekrampur sekitar jam 8.30 malam ketika sedang berjalan pulang ke rumahnya di Gendaria dengan seorang remaja selepas tamat kuliah.
Mangsa yang menuntut di Universiti Jagannath itu dilaporkan menjadi penganjur kumpulan kempen sekular yang digelar Ganajagran Manch.
Nazimuddin sering memuat naik kenyataan yang menentang ektremisme dan radikalisme agama di laman Facebooknya, dan meletakkan status ‘Saya tiada agama’ di profilnya.
Polis masih belum menamakan sebarang suspek atau menjelaskan motif jenayah dalam kes tersebut.
Tahun lalu, beberapa penulis blog sekular yang ternama telah diserang atau dibunuh oleh ekstremis agama di Bangladesh.
Semua nama mereka tercatat dalam senarai ‘84 blogger Atheist’ yang disebarkan pada 2013.
Agensi
Thu Apr 07 2016
Ribuan penyokong ekstrem menunjuk perasaan di luar pekarangan Masjid Baitul Mukarram di Dhaka pada 25 Mac lalu, dengan melaungkan tentangan kepada golongan yang menghina agama. - Foto AFP
Piala ASEAN: Harimau Malaya bergelut raih kemenangan pertama
Skuad bimbingan Pau Marti Vicente bermula perlahan dikejutkan lawan pada separuh masa pertama apabila ketinggalan 1-2.
Tumpuan Khamis – 12 Disember 2024
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan di Astro AWANI.
Berbilion kes malaria berjaya dicegah pada abad ini - WHO
Sebanyak 17 negara kini secara rutin memberikan vaksin kepada kanak-kanak untuk mencegah malaria.
Pesakit di Hospital Indonesia di Gaza kelaparan
Kementerian Kesihatan Gaza berkata pada Selasa bahawa terdapat sekurang-kurangnya 60 pesakit dalam risiko tinggi.
Thailand ambil langkah komprehensif tangani cuaca buruk, dijangka melanda minggu ini
Jabatan Pengairan Diraja juga telah diarahkan membersihkan saluran air daripada rumpai dan halangan untuk mengelakkan banjir.
10 Berita Pilihan - (11 Disember 2024)
Antara pelbagai berita dalam dan luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.
AWANI Tonight 11 Dec 2024
#AWANITonight with @Hafiz_Marzukhi
1. PSC proposes measures to tackle growing insurance costs
2. Malaysia on track to achieve high-income status by 2027, says Rafizi
#AWANIEnglish #AWANINews
1. PSC proposes measures to tackle growing insurance costs
2. Malaysia on track to achieve high-income status by 2027, says Rafizi
#AWANIEnglish #AWANINews
Johor, MOT wujudkan pasukan petugas khas bincang isu kesesakan, penyuraian trafik RTS
Pelbagai isu dan inisiatif dibincangkan dalam usaha mengurangkan kesesakan jalan raya khususnya di Johor Bahru dan Lembah Klang.
Lima anggota, pegawai polis tolak rasuah terima penghargaan KPN
Razarudin merakamkan ucapan tahniah kepada mereka kerana berpegang teguh dengan prinsip integriti ketika menjalankan tugas menjaga sempadan negara.
Libat urus telah diadakan sebelum putuskan tambah waktu bekerja jururawat - Dr Dzulkefly
Keputusan itu telah melalui beberapa pusingan libat urus termasuk dengan tujuh kesatuan sekerja termasuk persatuan jururawat.
Aktivis sekular Bangladesh tegur golongan radikal agama mati dibunuh
Insiden itu adalah yang terbaru dalam siri pembunuhan golongan aktivis sekular dan penulis blog yang dikatakan menghina Islam di negara itu.