awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Anggota APM Bagan Datuk parah kenderaan terbabas elak anjing
Salji lebat di seluruh Jepun, 35 orang maut
Pelajar kolej komuniti maut dalam kemalangan libat tiga kenderaan
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Aktiviti go-kart untuk tahanan satu kesilapan - Menteri Kehakiman Perancis

Agensi
Agensi
25/08/2022
14:18 MYT
Aktiviti go-kart untuk tahanan satu kesilapan - Menteri Kehakiman Perancis
Selain bermain go-kart, aktiviti lain yang dijalankan termasuklah pertandingan kuiz dan laluan berhalang. - Foto/Djibril942/YouTube
PARIS: Perancangan awal adalah menjadikan ia satu hari yang menyeronokkan di penjara kedua terbesar di Perancis, tetapi foto dan visual banduan bermain go-kart mencetuskan bantahan dan kini pihak berkuasa mengakui keputusan untuk mengadakan hari tersebut merupakan satu kesilapan.
Pengawal serta banduan di Penjara Fresnes, di selatan Paris, mengambil bahagian dalam satu acara yang diadaptasi dari sebuah rancangan realiti TV yang dipanggil Koh-Lanta.
"Sekiranya saya tahu akan ada pertandingan go-kart, saya akan mengenakan larangan," kata Menteri Kehakiman, Éric Dupond-Moretti sambil memaklumkan telah mengarahkan siasatan dijalankan.
Ahli politik berhaluan kanan tersebut mengecam idea mengadakan hari itu, apatah lagi selepas mendapat tahu bahawa dua banduan yang turut mengambil bahagian dalam beberapa aktiviti, sedang menjalani hukuman atas kesalahan membunuh dan merogol.
Selain bermain go-kart, aktiviti lain yang dijalankan termasuklah pertandingan kuiz dan laluan berhalang.
Salah seorang banduan yang mengambil bahagian dilaporkan baru menjalani hukuman penjara 10 tahun bermula tahun lalu.
Laporan siasatan sembilan muka surat itu diterbitkan pada Selasa yang mengatakan bahawa walaupun kebenaran telah diberikan oleh kementerian, dokumen permohonan tidak menyatakan butiran tepat mengenai permainan go-kart atau aktiviti air.
Laporan berkenaan menyebut idea mengadakan hari itu dicetuskan oleh Ketua Penjara Fresne, Jimmy Delliste, bertujuan untuk "mengukuhkan komitmen persaudaraan untuk manfaat tiga badan amal, yang diwakili oleh sekumpulan tahanan, anggota kakitangan dan anak muda dari Fresnes".
Topic Berkaitan
#go-kart
#penjara fresnes
#Paris
#banduan
#Koh-Lanta
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan