awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Tarif 25 peratus AS ke atas negara rakan dagang Iran satu penjajahan - Mohamad Hasan
Hotel digesa patuhi amalan terbaik industri bagi melindungi imej Malaysia
Indonesia bayar gaji hari kepada petani pulihkan sawah padi di Sumatera
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Aktres pembawa watak 'Aung San Suu Kyi' turun padang bantu etnik Rohingya

Agensi
Agensi
27/01/2018
10:16 MYT
Aktres pembawa watak 'Aung San Suu Kyi' turun padang bantu etnik Rohingya
Michelle Yeoh memuat naik gambar beliau di tangga pesawat karga milik tentera udara dan gambar barangan bantuan kemanusiaan. - Foto: Instagram @michelleyeoh_official
BINTANG filem berasal dari Ipoh, Malaysia yang membina reputasi di Hollywood, Tan Sri Michelle Yeoh, menyertai delegasi negara untuk misi bantuan ke Hospital Medan Malaysia di Cox's Bazar, Bangladesh.
Ia merupakan sebahagian daripada bantuan kemanusiaan yang dihulurkan Malaysia kepada masyarakat etnik Rohingya yang melarikan diri dari konflik di Myanmar.
Delegasi yang diketuai oleh Panglima Angkatan Tentera, Tan Sri Raja Mohamed Affandi Mohammed Noor, dilepaskan oleh Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak di Pangkalan Tentera Udara pagi tadi.
Dalam entri terbaharu di akaun Instagram-nya, Michelle memuat naik gambar beliau di tangga pesawat karga milik tentera udara dan gambar barangan bantuan kemanusiaan.
Heading to Bangladesh for visiting field hospital and refugee camp there #proudmalaysian #bangladesh #undp #malaysia #charity
A post shared by Michelle Yeoh (Official) (@michelleyeoh_official) on
Jan 26, 2018 at 5:17pm PST
"Menuju ke Bangladesh untuk melawat hospital dan kem pelarian di sana," kata kapsyen dalam gambar yang dimuat naik itu bersama hashtag #proudmalaysian #bangladesh, #undp, #malaysia dan #charity.
Michelle yang juga merupakan duta Program Pembangunan Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (UNDP), sebelum ini pernah melakonkan watak Canselor Myanmar, Aung San Suu Kyi dalam filem 'The Lady' yang ditayangkan pada 2011.
Filem itu diarahkan oleh sutradara Luc Besson.
Sewaktu proses pembikinan filem itu, Suu Kyi disanjung pemerhati antarabangsa kerana perjuangannya menegakkan demokrasi di negara tentera tersebut.
Bagaimanapun, selepas parti politik pimpinan Suu Kyi mendapat tempat dalam pentadbiran Myanmar, imej positif itu semakin terhakis apabila Suu Kyi gagal menangani isu kemanusiaan membabitkan etnik Rohingya yang ditindas di negara tersebut.
Topic Berkaitan
#Bangladesh
#filem
#Hollywood
#Malaysia
#Michelle Yeoh
#Rohingya
#the lady
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan