awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
JDT sambar khidmat bekas pemain sayap B-20 Brazil
Permit bazar Ramadan: PM gesa PBT henti guna orang tengah
9 maut, lebih 200 dirawat akibat air tercemar di India
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Alif Satar sebak dapat tamatkan Ironman Langkawi 70.3

Bernama
Bernama
17/11/2018
09:47 MYT
Alif Satar sebak dapat tamatkan Ironman Langkawi 70.3
Alif memberikan aksi kepada kamera di garisan penamat sejurus menghabiskan cabaran Ironman Langkawi 70.3. - Instagram: @alifsatar
Gembira, terharu dan sebak...itulah perasaan yang diluahkan selebriti Alif Satar setelah berjaya menamatkan cubaan pertamanya dalam Kejohanan Ironman Langkawi 70.3 di sini, hari ini.
Penyanyi dan pelakon berusia 28 tahun, yang popular dengan lagu 'Sesungguhnya Aku' itu, berjaya mencatatkan masa 6 jam 42 minit untuk menamatkan perlumbaan yang keseluruhannya sejauh 112.7km itu, melibatkan berenang sejauh 1.6km, berbasikal 90km dan berlari sejauh 21.1 km.
"Ini benda yang sangat susah. Walaupun hanya separuh triathlon ia tetap sukar dan saya tidak percaya boleh habiskan dengan catatan masa yang agak baik ini," katanya ketika ditemui selepaa menamatkan perlumbaannya.
View this post on Instagram
in the words of Tony stark.. I AM IRONMAN. alhamdulillah.. sub 7 for my first Ironman70.3.. alhamdulillah.. #MycebXIronman #ironmanlangkawi2018
A post shared by Alif Satar (@alifsatar) on
Nov 16, 2018 at 10:46pm PST
Beliau, yang turut dikenali ramai sebagai pengacara, menduduki tempat ke-446 keseluruhan dari 946 peserta yang bertanding dalam acara itu.
"Saya tidak menghadapi kesukaran dalam displin renang kerana itu kekuatan saya tetapi basikal dan larian sangat mencabar apabila otot saya mulai kejang dan minda saya meminta saya berhenti," katanya.
Alif berkata keluarganya telah menjadi pendorong utama buat dirinya untuk menghabiskan perlumbaan dan ia bakal menjadi kenangan dan pencapaian peribadi terbaik buat dirinya.
Menurutnya, pengalaman yang dilaluinya dalam perlumbaan ini sesuatu yang berharga untuk terus memperbaiki dirinya.
"Serik? Tidak. InsyaAllah saya akan mencuba untuk melakukan yang lebih baik lagi tahun hadapan," katanya menjawab pertanyaan jika beliau berasa serik selepas pengalaman yang dilaluinya.
-- BERNAMA
View this post on Instagram
one for da gram.. packing before tomorrow’s check in.. beza dengan athlete full ironman, their food intake is DOUBLE. should i cycle with maroon socks or white? HELP. #GayaKenaLebih
Topic Berkaitan
#Alif Satar
#artis
#Ironman Langkawi
#selebriti
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan