awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Proses kenal pasti mangsa kebakaran di pusat peranginan Switzerland mungkin ambil masa
Polis siasat insiden lelaki meluru ke arah kereta sedang bergerak
Seorang lelaki, wanita ditahan miliki dadah
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Permit bazar Ramadan: PM gesa PBT henti guna orang tengah

Asyraf Malik
Asyraf Malik
02/01/2026
09:05 MYT
Permit bazar Ramadan: PM gesa PBT henti guna orang tengah
Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim bercakap pada media selepas hadir menunaikan solat Jumaat di Masjid Jumhuriah, Taman Dato Harun hari ini. - Foto Bernama
KUALA LUMPUR: Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim menggesa pihak berkuasa tempatan (PBT) seluruh negara berhenti menggunakan ejen atau orang tengah dalam urusan permohonan permit perniagaan bazar Ramadan.
Mengambil contoh Majlis Bandaraya Petaling Jaya (MBPJ), Anwar berkata PBT disaran melaksanakan sistem pendaftaran bazar Ramadan secara dalam talian, sekali gus memperkukuh tahap ketelusan serta meringankan kos yang perlu ditanggung peniaga.
Menurut Anwar, penggunaan platform digital dalam proses pendaftaran bukan sahaja menjadikan pengurusan lebih sistematik, malah berupaya membendung perbuatan segelintir pihak yang mengambil kesempatan dengan mengenakan caj tambahan untuk kepentingan sendiri.
“Bazar Ramadan ini kesempatan rakyat terutamanya di peringkat bawah untuk menjalankan perniagaan mencari nafkah tambahan. Jadi, PBT sepatutnya memberi kerjasama supaya proses lebih teratur dan elak daripada orang yang mengangkat komisen.
“Kita lawan (rasuah) di peringkat atas tetapi di bawah ini masih lagi berkecamuk.
"Saya tengok dari segi kertas kerja yang pernah dibentangkan kepada kami mengenai pengalaman Majlis Bandaraya Petaling Jaya, itu perlu dijadikan contoh, pendaftaran dalam talian dan buka sebanyak mungkin,” kata Anwar ketika ditemui pemberita selepas menunaikan solat Jumaat di Masjid Jumhuriah, di sini, hari ini.
Tambah Anwar, PBT juga seharusnya menyediakan kemudahan sebersih mungkin kepada peniaga bazar Ramadan.
"Kalau nanti majlis perbandaran dan kerajaan negeri memberikan kerjasama, saya akan bercakap dengan Kementerian Perumahan dan Kerajaan Tempatan (KPKT), supaya dibantu dan kemudahan bazar Ramadan ini ditambah baik.
"Biar bekalan air dan kebersihannya terkawal, jika ada pihak yang membuang sampah merata-rata, kita ambil tindakan dengan mendakwa dan didenda mengikut Akta Pengurusan Sisa Pepejal dan Pembersihan Awam 2007 (Akta 672)," ujar Anwar.

Topic Berkaitan
#Bazar Ramadan
#permohonan permit
#pihak berkuasa tempatan
#pbt
#orang tengah
#Perdana Menteri
#Datuk Seri Anwar Ibrahim
#terkini
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan