Skip to main content

Dunia

Aliran minyak di Selat Hormuz kembali ke tahap sebelum perang - Vance

U.S. Vice President JD Vance delivers remarks during an event at Gold Coast Studios on June 17, 2026 in Bethpage, New York. Vance's visit comes after the Justice Department filed a lawsuit this week against New York state officials over alleged Medicaid fraud related to the state’s $10 billion home-care program. Spencer Platt/Pool via REUTERS
Vance turut mengaitkan perkembangan positif di Selat Hormuz dengan usaha diplomatik yang sedang berlangsung di Asia Barat. - Foto fail/REUTERS
Advertisement

WASHINGTON: Naib Presiden Amerika Syarikat (AS), JD Vance, berkata aliran eksport minyak melalui Selat Hormuz kini telah kembali ke tahap sebelum konflik tercetus, sekali gus memberi petanda positif terhadap pemulihan ekonomi global.

Menurut Vance, laluan perkapalan strategik itu kini kembali beroperasi dengan lancar dan menyaksikan peningkatan jumlah minyak yang melalui kawasan berkenaan.

“Selat Hormuz terbuka dalam erti kata bahawa kita melihat lebih banyak minyak keluar melaluinya,” katanya.

Beliau berkata pada sesetengah hari, jumlah minyak yang dihantar keluar melalui Selat Hormuz malah melebihi tahap yang dicatatkan sebelum perang bermula.

“Ada hari-hari tertentu yang menunjukkan lebih banyak minyak keluar dari selat itu berbanding sebelum konflik bermula. Ini menunjukkan ekonomi dunia sedang kembali bergerak ke arah pemulihan,” katanya.

Vance turut menyatakan bahawa perkembangan itu telah membantu menurunkan harga minyak global, walaupun proses pemulihan ekonomi secara keseluruhan dijangka mengambil masa.

Selat Hormuz merupakan antara laluan perkapalan paling penting di dunia kerana mengendalikan sebahagian besar penghantaran minyak mentah dan gas dari rantau Teluk ke pasaran antarabangsa.

Sebarang gangguan di kawasan itu sering memberi kesan langsung kepada harga tenaga global.

Dalam pada itu, Vance turut mengaitkan perkembangan positif di Selat Hormuz dengan usaha diplomatik yang sedang berlangsung di Asia Barat.

Menurutnya, jika perjanjian damai antara Lubnan dan Israel diselaraskan dengan memorandum persefahaman (MoU) yang ditandatangani antara AS dan Iran, kedua-duanya mempunyai prinsip asas yang sama, iaitu menghormati kedaulatan wilayah Lubnan.

“Kedua-dua dokumen itu pada asasnya menyatakan bahawa integriti wilayah Lubnan akan dihormati,” katanya.

Kenyataan Vance dibuat ketika AS dan Iran terus berusaha melaksanakan beberapa komponen MoU yang bertujuan mengurangkan ketegangan serantau, memulihkan keselamatan perkapalan dan memastikan kestabilan bekalan tenaga global. 
 

 

Must Watch Video

Advertisement