awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
TNB tingkat kesiapsiagaan, pantau risiko bekalan elektrik ketika banjir
Pulau Pinang naikkan rebat cukai tanah 50 peratus bagi 2026 - Chow
Bayaran saham KPF tertunggak: Kami bukan bank saudagar, tetapi koperasi - Pengerusi
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Amazon cabar peraturan kandungan digital EU

Bernama
Bernama
12/07/2023
09:59 MYT
Amazon cabar peraturan kandungan digital EU
Amazon berhujah bahawa sebagai peruncit barangan pengguna, kumpulan itu bukanlah jenis platform dalam talian untuk peraturan DSA dibuat. - Gambar/ Unsplash
BRUSSELS: Syarikat gergasi dalam talian Amerika Syarikat (AS) Amazon mencabar penyertaannya dalam senarai syarikat yang dikenakan peraturan yang lebih sukar di Kesatuan Eropah.
Syarikat teknologi yang berpangkalan di Seattle itu merayu kepada mahkamah Kesatuan Eropah di Luxembourg, untuk mencabar statusnya sebagai "platform dalam talian yang sangat besar" (VLOP) di bawah Akta Perkhidmatan Digital (DSA) EU, lapor Agensi Berita Jerman (dpa).
Amazon pada Selasa berhujah bahawa sebagai peruncit barangan pengguna, kumpulan itu bukanlah jenis platform dalam talian untuk peraturan DSA dibuat.
DSA bertujuan untuk memastikan bahawa platform dalam talian yang besar mengawal kandungan dalam talian dengan membuang kandungan haram daripada laman web mereka dengan lebih cepat berbanding sebelum ini. Platform besar perlu mengikuti lebih banyak peraturan daripada yang lebih kecil.
Perniagaan yang diklasifikasikan sebagai VLOP dan enjin carian dengan lebih daripada 45 juta pengguna aktif setiap bulan dikenakan syarat yang sangat ketat.
Ini termasuk mengemukakan penilaian risiko sekali setahun mengenai kandungan berbahaya dan mencadangkan tindakan balas. Mereka juga harus berkongsi data dengan pihak berkuasa dan penyelidik.
Amazon berpendapat bahawa ia bukan peruncit dalam talian terbesar di mana-mana negara anggota EU.
Syarikat itu berkata bahawa akan menjadi kerugian jika ia ditetapkan sebagai VLOP dan terpaksa mematuhi peraturan DSA ketika pesaing lain tidak.
Suruhanjaya EU juga telah menetapkan pasaran beli-belah Google dan peruncit dalam talian China Alibaba sebagai VLOP.
Peruncit fesyen dalam talian yang berpangkalan di Berlin, Zalando memfailkan aduan terhadap klasifikasi VLOPnya dengan Mahkamah Keadilan Eropah di Luxembourg pada Jun. Keputusan dalam kes itu, dijangka diketahui paling awal dalam beberapa bulan.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#Amazon
#EU
#peraturan digital ketat
#DSA
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan