MINA: Pasukan Keselamatan Haji menahan lima penduduk warga Turkiye kerana melanggar peraturan haji selepas cuba memasuki Mekah melalui laluan terpencil dan lembah tanpa permit sah, lapor Agensi Berita Saudi (SPA).
Tindakan undang-undang telah diambil terhadap semua individu terbabit.
Pihak berkuasa menggesa orang ramai supaya mematuhi peraturan yang ditetapkan sepanjang musim haji 1447H dan bekerjasama dengan pihak berkaitan bagi memastikan keselamatan jemaah haji.
Mereka turut menegaskan bahawa mana-mana individu yang melanggar peraturan haji boleh dikenakan tindakan undang-undang.
Orang ramai juga diminta melaporkan sebarang pelanggaran dengan menghubungi 911 di wilayah Mekah, Madinah, Riyadh dan Wilayah Timur, atau 999 di kawasan lain di Arab Saudi.
-- BERNAMA-SPA