awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Empat hektar hutan simpan di Banting terbakar
Imigresen selamatkan pembantu rumah warga Indonesia jadi mangsa eksploitasi
Edar vape berisi dadah, warga Singapura antara dua ditahan
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Amerika 'bermain dengan api' jika serang Iran

Astro Awani
Astro Awani
06/01/2020
14:29 MYT
Amerika 'bermain dengan api' jika serang Iran
Ribuan rakyat Iran mengusung keranda pemimpin kanan tentera, Komander Qassem Soleimani yang terbunuh dalam serangan udara Amerika Syarikat di Baghdad.
Amerika Syarikat ibarat bermain dengan api sekiranya mereka mengambil tindakan untuk menyerang Iran.
Itu pandangan Profesor Adjung dalam Hubungan Antarabangsa di Vesalius College, Brussels, Guy Burton berhubung kemungkinan negara kuasa besar itu akan menyerang Iran susulan pembunuhan pemimpin kanan tentera, Komander Qassem Soleimani yang terkorban dalam serangan udara Amerika Syarikat di Baghdad.
"Kita perlu jelas di sini, rejim ini bukanlah rejim yang disayangi tetapi kita lihat jumlah orang yang turun ke jalanan susulan pembunuhan Soleimani dan juga ketika perarakan mengusung jenazahnya.
"Situasi ini jelas menunjukkan ada unsur nasionalis.
"Serangan ke atas Iran adalah serangan terus ke atas rakyat Iran dan ini mungkin mengundang kebangkitan di peringkat nasional. Amerika akan bermain dengan api sekiranya mereka menyerang Iran secara terus," katanya dalam sesi temu bual dalam program Consider This di Astro AWANI pada Isnin malam.
Terdahulu, jenazah Soleimani tiba di Lapangan Terbang Antarabangsa Ahvaz pada awal pagi Isnin.
Stesen televisyen Iran mengadakan siaran langsung memaparkan ribuan orang berpakaian hitam berhimpun di bandar barat daya Iran itu.
Rakaman menunjukkan orang ramai yang berkabung berkumpul di Dataran Mollavi dengan bendera hijau, putih dan merah melambangkan darah mereka yang terkorban.
Susulan pembunuhan itu, Iran melantik Esmail Ghaani, sebagai jeneral baharu untuk mengetuai angkatan Quds menggantikan Soleimani.
Topic Berkaitan
#Amerika Syarikat
#Donald Trump
#dron
#Iran
#jenazah
#Qassem Soleimani
#serangan
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan