awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
Lelaki Perancis dan dua rakan bebas tuduhan edar, miliki dadah
Langgar syarat hiburan, penganjur Makar Fest XL berdepan penalti RM30,000
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Imigresen selamatkan pembantu rumah warga Indonesia jadi mangsa eksploitasi

Bernama
Bernama
03/02/2026
15:36 MYT
Imigresen selamatkan pembantu rumah warga Indonesia jadi mangsa eksploitasi
Jabatan Imigresen Malaysia Negeri Sembilan (JIMNS) menyelamatkan seorang pembantu rumah warga Indonesia, disyaki menjadi mangsa eksploitasi. - Gambar fail/BERNAMA
SEREMBAN: Jabatan Imigresen Malaysia Negeri Sembilan (JIMNS) menyelamatkan seorang pembantu rumah warga Indonesia, disyaki menjadi mangsa eksploitasi, menerusi operasi di sebuah kediaman di Taman Kemayan, Seremban 2, di sini petang tadi.

Ringkasan AI
  • Jabatan Imigresen Malaysia Negeri Sembilan menyelamatkan seorang pembantu rumah warga Indonesia yang disyaki menjadi mangsa eksploitasi melalui operasi di Taman Kemayan, Seremban 2.
  • Mangsa yang ditemui dalam keadaan trauma tanpa dokumen perjalanan sah telah diselamatkan dan dibawa ke Pejabat Imigresen Senawang untuk tujuan perlindungan dan siasatan lanjut.
  • Seorang majikan wanita tempatan ditahan sementara dua individu lain dikenakan notis saman sebagai saksi dalam kes ini, dengan operasi berpandukan National Guideline on Human Trafficking Indicators 2.0.

Pengarah JIMNS Kennith Tan berkata dalam operasi selama dua jam bermula pada 1 tengah hari itu, pihaknya menemukan wanita warga asing berusia 51 tahun sedang bersembunyi di dalam sebuah almari pakaian di bilik utama kediaman berkenaan.
"Siasatan lanjut mendapati mangsa tidak memiliki sebarang dokumen perjalanan atau pas yang sah. Mangsa turut berada dalam keadaan trauma akibat penderaan fizikal dan mental.
"Disebabkan itu, mangsa telah diselamatkan dan dibawa ke Pejabat Imigresen Senawang bagi tujuan perlindungan serta membantu siasatan lanjut di bawah Akta Antipemerdagangan Orang dan Antipenyeludupan Migran 2007 (ATIPSOM)," katanya dalam kenyataan malam ini.
Beliau berkata susulan itu, seorang majikan wanita warga tempatan ditahan bagi membantu siasatan di bawah Seksyen 12 ATIPSOM 2007, manakala dua individu lain dikeluarkan notis saman sebagai saksi untuk hadir memberikan keterangan di Pejabat Bahagian Penguatkuasaan Imigresen Seremban.
Tan berkata operasi penyelamatan itu dijalankan berpandukan National Guideline on Human Trafficking Indicators (NGHTI) 2.0 sebagai rujukan bagi pengenalpastian mangsa pemerdagangan orang.
Beliau berkata JIMNS komited membanteras sebarang bentuk eksploitasi dan penderaan dengan orang ramai digalakkan menyalurkan maklumat berkaitan kepada pihak berkuasa bagi memastikan keselamatan dan keadilan dapat ditegakkan.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#Imigresen Negeri Sembilan
#JIMNS
#selamatkan pembantu rumah warga Indonesia
#mangsa eksploitasi
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan