awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Denmark jadi negara pertama di Eropah tamatkan penghantaran surat
Perompak tebuk dinding bank di Jerman, larikan wang dan barang kemas bernilai RM176 juta
Kerajaan Perlis isytihar esok cuti peristiwa
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Amerika jangan main-main, jari saya sentiasa dekat dengan butang nuklear - Kim Jong Un

Agensi
Agensi
01/01/2018
03:19 MYT
Amerika jangan main-main, jari saya sentiasa dekat dengan butang nuklear - Kim Jong Un
Pemimpin Korea Utara Kim Jong Un tegaskan Amerika Syarikat tidak akan berani lancarkan peluru berpandu ke Pyongyang - KCNA
"Awas, hanya satu butang diperlukan untuk melancarkan peluru berpandu ke Amerika Syarikat."
Itu amaran pemimpin Korea Utara Kim Jong Un kepada negara Uncle Sam, susulan ketegangan berhubung pembangunan program nuklearnya.
Dalam amanat tahun baharu, Jong Un memaklumkan Amerika Syarikat kini dalam lingkungan sasaran senjata nuklear Pyongyang, dan butang untuk lancarkan peluru berpandu sentiasa berada di jarinya.
"Ini realitinya, ini bukan lagi ancaman," kata Jong Un dalam amanat yang disiarkan di televisyen.
Sehubungan itu, Jong Un anggap Amerika tidak lagi berada dalam kedudukan untuk melancarkan perang, kerana kemampuan Pyongyang kini adalah sama.
Dalam pada itu, Jong Un memaklumkan akan memberi tumpuan kepada pengeluaran peledak nuklear dan peluru berpandu balistik secara besar-besaran.
Senjata itu akan digunakan apabila kepentingan keselamatan Pyongyang terancam.
Korea Utara melancarkan enam ujian peluru berpandu balistik tahun ini, menimbulkan kebimbangan timbul ketegangan baru di semenanjung Korea.
Topic Berkaitan
#AS
#Democratic People's Republic of Korea
#Kim Jong Un
#Korea
#Korea Selatan
#Korea Utara
#nucklear
#nuklear
#Olympics
#UN
#Washington
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan