awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Penyanyi 'Driving Home for Christmas', Chris Rea meninggal dunia pada usia 74 tahun
Ringgit dibuka tinggi berbanding dolar AS berikutan kelemahan dolar
Jumlah mangsa banjir di Pahang berkurangan
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Amerika tawar bantuan kepada Israel untuk selamatkan tawanan dari Hamas

Agensi
Agensi
09/10/2023
22:45 MYT
Amerika tawar bantuan kepada Israel untuk selamatkan tawanan dari Hamas
Imej menunjukkan kereta kebal Israel ditempatkan di sempadan antara Lebanon dan Utara Israel pada Isnin. - Gambar REUTERS
AMERIKA SYARIKAT (AS) menawarkan sekutunya, Israel bantuan dari aspek perancangan operasi khas dan sokongan risikan dalam usaha menyelamatkan tawanan oleh Hamas, kata seorang pegawai pertahanan negara itu kepada wartawan CNN.
Sokongan berkenaan tidak akan melibatkan penempatan tentera AS di Israel, sebaliknya, bantuan yang ditawarkan itu dalam bentuk risikan, pengawasan dan intipan.
Sokongan ini akan termasuk bantuan dari Pusat Komando Pusat AS dan Pasukan Operasi Khas AS, kata pegawai itu yang juga dari Pasukan Operasi Khas Bersama (JSOC), yang merupakan komando dalam tentera yang membangunkan taktik dan pelan operasi khas.
Bantuan itu turut dibincangkan dalam panggilan telefon antara Setiausaha Pertahanan AS, Lloyd Austin dan rakan sejawatannya dari Israel iaitu Menteri Pertahanan Yoav Gallant, pada hujung minggu lalu, kata pegawai itu.
Susulan itu, Austin memerintahkan pasukan JSOC untuk ‘bergerak ke hadapan’ dengan perancangan dan sokongan risikan kepada tentera Israel.
Israel belum secara rasmi menyatakan berapa banyak tebusan yang ditawan dalam serangan mengejut Hamas dari Gaza.
Bagaimanapun, pegawai kanan Israel mengakui, jumlah tawanan itu sangat signifikan.
Dalam masa sama, pihak berkuasa AS sedang pantas melakukan hitungan jumlah rakyatnya yang telah terbunuh atau diambil sebagai tawanan dalam konflik ini.
"Kami belum melihat sebarang jumlah yang pasti kerana situasinya sangat dinamik ketika ini dan kebanyakan daripada mereka memiliki dua kewarganegaraan. Saya rasa apabila keadaan menjadi lebih reda,maka jumlahnya juga akan signifikan," kata seorang lagi pegawai AS kepada CNN. - Agensi
Topic Berkaitan
#Amerika Syarikat
#AS tawar bantuan pada Israel
#Palestin-Israel
#tawanan Israel
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan