awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Tanah runtuh: Tapak kedai makan popular di Jalan Simpang Pulai–Cameron Highlands ditutup sebulan
Sambutan Krismas meriah dengan upacara keagamaan, aktiviti bersama keluarga
Krisis politik Perlis: Speaker sahkan berlaku kekosongan luar jangka tiga DUN
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Amerika tidak seharusnya terlibat dengan peperangan di Syria - Donald Trump

Agensi
Agensi
08/12/2024
00:45 MYT
Amerika tidak seharusnya terlibat dengan peperangan di Syria  - Donald Trump
Donald Trump berpendapat, negara kuasa besar itu tidak seharusnya terlibat dalam apa sahaja peranan dengan Syria yang sedang bergolak ketika ini. - Gambar Reuters
WASHINGTON: Presiden Amerika Syarikat (AS) terpilih, Donald Trump berpendapat, negara kuasa besar itu tidak seharusnya terlibat dalam apa sahaja peranan dengan Syria yang sedang bergolak ketika ini.
Kata Trump, Amerika Syarikat sepatutnya tiada kaitan dengan Syria kerana itu bukan perjuangan negara itu.
“Amerika Syarikat sepatutnya tidak terbabit dengan Syria. Ini bukan perjuangan kita. Biarkan sahaja mereka. Jangan terlibat,” kata Trump dalam hantaran di media sosialnya.
Trump juga berhujah bahawa jika pemberontak Syria dapat mengusir Presiden Bashar al-Assad, "ia sebenarnya mungkin perkara terbaik yang juga boleh berlaku" kepada Rusia, yang disifatkan beliau terlalu sibuk berperang dengan Ukraine untuk menghentikan pejuang pemberontak.
Presiden yang dipilih itu turut menyalahkan pentadbiran Obama kerana gagal menguatkuasakan "garis merah" 2013 yang menyatakan bahawa penggunaan senjata kimia Syria bermakna akan ada penglibatan tentera AS.
Mengulangi pendirian "America First", Trump mengulangi pendiriannya, Syria bukanlah perjuangan AS.
"Syria adalah kekacauan, ia bukan kawan kita," tulis Trump menggesa pendekatan lepas tangan diambil oleh pentadbiran AS.
Semasa memegang jawatan, Trump mengarahkan pelancaran serangan tentera pada 2017 ke atas pangkalan udara kerajaan Syria sebagai tindak balas kepada serangan senjata kimia yang membunuh berpuluh-puluh orang awam.
Beliau juga pernah mengarahkan 59 peluru berpandu jelajah Tomahawk di pangkalan udara yang menjadi rumah kepada pesawat perang yang melakukan serangan kimia dalam tindakan ketenteraan langsung pertama yang diambil oleh AS terhadap rejim Presiden Syria Bashar al-Assad dalam perang saudara di negara itu.
Keputusannya pada masa itu menandakan peralihan dramatik dalam kedudukannya sama ada AS perlu mengambil tindakan ketenteraan terhadap rejim Presiden Syria - yang ditentang Trump semasa kempen pertamanya untuk Presiden. - CNN
Topic Berkaitan
#Amerika Syarikat
#konflik syria
#Donald Trump
#Presiden Amerika Syarikat
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan